in

Dikecam ‘Buat-Buat Function’ Bantu Mangsa Banjir, Isteri Caprice Akhirnya Buka Mulut…

Fi Cap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri semenanjung tanah air baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan bagi sama-sama meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan.

Tidak terkecuali, rakan selebriti dan artis juga ada yang turut sama berganding bahu memberi bantuan sama ada dalam bentuk wang ringgit, keperluan asas dan ada juga yang sanggup turun padang membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas.


Seperti penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan ini, Caprice juga dilihat turut menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama isterinya Farra Inalis Husni yang lebih dikenali sebagai Elis.

Namun, niat baik mereka disalah erti oleh para netizen sehingga ada yang mendakwa kehadiran mereka ke kawasan terjejas banjir itu hanyalah sekadar ‘wayang’ dan lakonan untuk meraih publisiti sahaja.

Pun begitu, Elis yang sebelum ini dikecam kerana berpakaian seksi, kini tidak hanya berdiam diri dan bertindak untuk buka mulut membalas kecaman yang diberikan dengan komen yang agak sarkastik dalam satu posting di Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/CX2_jC4J3-Q/?utm_medium=copy_link

“…kalau u sudi, I nak sponsor u jugak pergi jumpa specialist doctor untuk check hati. Sebab I faham orang ada masalah hati hitam ni memang hidup tak tenang…” komen Elis.

Sebelum ini, ada juga segelintir netizen yang melemparkan komen negatif di postingnya yang lain. Mereka mendakwa bantuan yang dihulurkan hanyalah sekadar marketing semata-mata.

Caprice yang kini difahamkan menggunakan nama pentas baru; Daddycap telah menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Shah Alam sejak Rabu minggu lalu.

Niat baik yang kita buat sebagai manusia ni, tak ada siapa yang boleh tentukan selain daripada Sang Pencipta. Jadi, daripada kita sibuk nak kecam orang sana sini, baik kita pun tambah amal kita. Hidup pun tenang je…

Sumber: Kosmo

Baca: Caprice Tulis Caption IG Double Meaning Pada King Coco, Ini Respon Tuan Badan

Baca Cap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.