in

Diejek Dahi Luas, Ning Baizura Luah Anak Jadi Mangsa B*li

syaz ft 2025 08 06T155836.464

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ning Baizura baru-baru ini berkongsi anaknya juga menjadi mangsa buli di sekolah, anaknya yang dikenali sebagai Ryan Sky Dalton itu kini berusia 12 tahun.

Pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu menyifatkan kejadian buli pada kalangan pelajar sekolah ketika ini semakin berleluasa, termasuk membimbangkan ibu bapa.


Artikel berkaitan: “Lagu tu mengenai saya” –  Ning Baizura Cerita Di Sebalik Lagu ‘Awan Yang Terpilu’

Artikel berkaitan: “Rafah? Siapa tu?” – Ning Baizura Terpinga Bila Ada Netizen Laung Sokongan Terhadap Palestin

“Anak saya pernah dibuli oleh rakan sebayanya di sekolah. Sebagai ibu, memang saya sedih (bila anak kena buli). Sekarang ini pun, buli bukan sahaja secara fizikal, tetapi di alam siber juga.

Anak saya diejek rakan-rakannya dengan mengatakan dahi Sky jendul dan mereka juga ada yang mengutuk keluarga kami. Bagaimanapun, saya tidak berdiam diri dan bertindak segera.

Saya hubungi dan bertemu dengan keluarga pelajar terbabit serta saya juga menyimpan bukti-bukti perbualan antara mereka menerusi tangkap layar agar keluarga pelaku itu mengetahuinya.

Dalam soal ini (tangani buli), bagi saya cara berkomunikasi dengan matang sangat penting untuk sesama keluarga berjumpa dan berbincang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ning Baizura (@ningdalton)

Menerusi laporan Harian Metro, Ning berkata dia bersyukur perkara itu dapat diselesaikannya dengan pantas dan secara baik.

Begitu juga, Sky tidak dibuli lagi dan anaknya masih lagi berkawan dengan pelajar terbabit tetapi sudah tidak rapat.

Sebelum ini, Ning bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya, Omar Shariff Christopher Layton Dalton pada 2008. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.