Pelakon Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam satu urusan perniagaan.
Jelasnya, peguamnya kini sedang dalam proses memfailkan saman terhadap individu tersebut di mahkamah sebelum memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media.
Artikel berkaitan : Puteri Sarah Dikecam Hisap Vape Masa Live, Pembantu Peribadi Perjelas Sebenarnya…
Artikel berkaitan : “Saya tak suka orang cakap begitu” – Puteri Sarah Tak Fikir Soal Jodoh, Pilih Fokus Anak & Kerjaya
“Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula. Peguam mahu hantar dokuman dahulu ke mahkamah.”
Ia berikutan dengan kenyataan wanita tersebut dalam program Melodi pada Ahad lalu. Dia mendakwa dirinya adalah mangsa di sebalik dakwaan aktres itu.
Malah, wanita itu mendakwa bahawa kenyataan yang diberikan oleh Puteri Sarah tentang kes pecah amanah adalah fitnah.
“Saya menafikan kenyataan dia terhadap saya. Apa yang dia sebut itu semua adalah fitnah, dia banyak putar belit sampai nama saya terjejas.”
“Apabila saya buat keputusan nak jadi rakan bisnes dia, saya tunggu dia. Saya dah tandatangan semua dokumen tapi tak dapat maklum balas daripada dia.”
“Dia kena ingat yang dia pun ada hutang. Saya mahu dia datang jumpa dan bertentang mata. Berbincang secara profesional dengan data yang sahih sebelum mengelirukan netizen.”
Sebagi rujukan, Puteri Sarah sebelum ini ada melakukan sesi live di TikTok mendedahkan yang ada seseorang telah membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.
Sumber melaporkan bahawa Puteri Sarah ada bekerjasama dengan wanita itu sejak Oktober tahun lalu bagi menjalankan pemasaran produk namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard yang diharapkan.
Sumber: mStar