in

“Dicili, dijirus dengan air panas dan diikat” – Remaja Sindrom Down Dedah Bagaimana Didera?

Bainun Didakwa Mendera Menganiaya Bella

Korang masih ingat lagi tak kes melibatkan seorang remaja sindrom down bernama Bella, 13, yang didakwa telah dianiaya oleh pengasas Rumah Bonda tidak lama dulu?

Kes tersebut kini dalam perbicaraan di mahkamah dan menurut Astro AWANI, rakan baik kepada pengasas rumah tersebut Siti Bainun Abd Razali memberitahu kepada Mahkamah Sesyen semalam bahawa remaja perempuan berkenaan telah menceritakan situasinya ketika dianiaya.

E6E2Jnaucaiaw8K

 

“Semasa berada dalam ambulans ke HKL, saya bertanya kepada Bella apa yang terjadi” 

Zurianty Sudin, 39, berkata, Bella memaklumkan kepadanya bahawa dia telah dicili, dijirus dengan air panas dan diikat ketika mereka berada di dalam ambulans untuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Remaja itu juga katanya dilihat berada dalam keadaan trauma.

Semasa berada dalam ambulans ke HKL, saya bertanya kepada Bella apa yang terjadi. Bella yang memanggil saya ‘mommy’ mengatakan dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat,” kata saksi.

Sebaik tiba di hospital, remaja itu juga dilihat tidak mampu berjalan dengan baik dan sukar bergerak kerana kakinya yang sakit.

“Saya nampak Bella macam tidak larat dan dia kata kakinya sakit, tapi saya tak boleh pegang sebab saya bimbang Bella mungkin dijangkiti COVID-19. Bella juga merujuk beberapa nama individu yang melakukan perbuatan itu terhadapnya,” kata saksi lagi yang dilihat sebak masa memberi keterangan.

E6E2Jv Vkaa Wuo

Tambah Zuriaty, semasa dia berada di hospital, Siti Bainun juga tak pernah bertanyakan tentang keadaan Bella dan sebaliknya mempersoal mengapa anak-anak di bawah jagaannya dibawa ke MAEPS, Serdang.

 

Bella seorang yang sangat manja, rajin 

Menceritakan lebih lanjut mengenai Bella, saksi memberitahu yang remaja sindrom down itu seorang yang sangat manja, rajin, baik dan berdikari serta boleh menguruskan diri sendiri seperti solat dan sangat pembersih.

Mengenai hubungan dengan Siti Bainun, Zuriaty berkata, pada mulanya hubungan mereka sangat baik apabila Bainun dilihat sangat sayang pada Bella dan sentiasa mengambil hati remaja itu.

41648649186 Bondasitibainuna

“Bella suka mekap, bekas air kerana Bella suka minum air dan baju baharu namun pada Ogos 2020, saya mula lihat mereka tidak berapa mesra selepas Siti Bainun enggan membawa Bella berjalan ke Kuala Selangor untuk ke rumah abang ipar Siti Bainun,” katanya.

Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa alami kecederaan fizikal dan emosi antara Februari dan Jun 2021.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Kita doakan yang terbaik buat adik Bella ye. 

Baca: “Permintaan keluarga kandung” – Kes Adik Bella Belum Selesai, Siti Bainun Mohon Dapat Balik Hak Jagaan 5 Anak Angkat Lain

Bainun

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Awani