in

“Diberi amaran sejak 2014, langgar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan”- Beirut Isytihar Darurat 2 Minggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 

Malam tadi mengikut waktu tempatan di negara ini, kita dikejutkan dengan kejadian letupan dahsyat di sebulah kilang yang telah mengorbankan lebih 70 nyawa.


Video letupan yang berlaku di negara itu telah mengundang rasa cemas warganet dari seluruh dunia. Disebabkan itu, Presiden Lubnan, Michel Aoun memanggil Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

Katanya, ia bertujuan untuk mengisytiharkan darurat di Beirut selama 2 minggu.

 

Seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.”

Malah, Aoun juga menjelaskan bahawa mereka akan menggunakan peruntukan belanjawan tahun ini untuk bantuan kecemasan.

“Dalam masa sama, kerajaan meluluskan sejumlah AS$65 juta daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan.”

Menerusi Astro Awani, Aoun turut mempersoalkan tindakan gudang bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.

Dalam masa yang sama, beliau akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab kerana telah mengakibatkan berlakukan letupan dahsyat itu.

“Kilang berkenaan telah diberi amaran sejak 2014 selepas didakwa melanggar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan,” ujarnya.

 

Baca : “Macam bom atom Hiroshima Nagasaki!” – Letupan Dahsyat di Beirut, Dunia Terkejut Lihat Video Tragedi Live Dari Pelbagai Arah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.