in

“Dia tidak berkata apa-apa yang melanggar undang-undang”- Kumpulan Hak Asasi Kritik Tindakan Terhadap Rayhan Kabir

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki warga Bangladesh, Rayhan Kabir (25 tahun) yang sebelum ini menjadi buruan Jabatan Imigresen Malaysia akhirnya ditangkap pada mingggu lalu.


Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud dengan berkata lelaki tersebut disiasat dibawah Akta Imigresen.

Malah difahamkan yang Rayhan juga akan diusuri keluar dan disenarai hitam daripada memasuki negara ini buat selama-lamanya, lapor gempak.

 

Tindakan itu tak wajar, Imigresen belum jelaskan kesalahan Rayhan- LFL

Namun, sebuah kumpulan hak asasi pada hari ini tidak bersetuju dan mengkritik penahanan dan tindakan ke atas Rayhan susulan penglibatan lelaki itu dalam dokumentari kontroversi yang dikeluarkan Al Jazeera, lapor fmt.

1 11 2

Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa tindakan ke atas Rayhan bersifat drastik dan ianya tidak wajar kerana imigresen belum menjelaskan kesalahan lelaki warga Bangladesh itu.

“Kami meneliti kenyataan dibuat Rayhan dalam dokumentari itu dan kami menegaskan dia tidak mengatakan apa-apa yang melanggar undang-undang,”

Mengulas lanjut, LFL berkata Rayhan hanya menyuarakan kekecewaan ke atas tindakan keras kepada pendatang di negara ini.

Malah LFL juga mendesak pihak berkuasa untuk menghentikan semua tindakan terhadap Rayhan kabir.

Kenyataan penuh baca di bawah :

2 10

 

Baca : Akhirnya Ditangkap, Rayhan Kabir Diharamkan Jejak Kaki Di Malaysia Selama-Lamanya

Baca 18

Sumber: Harian Metro
Sumber: LFL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.