in

Akhirnya Ditangkap, Rayhan Kabir Diharamkan Jejak Kaki Di Malaysia Selama-Lamanya

Untitled 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas sekian lama diburu oleh Jabatan Imigresen Malaysa (JIM), Md Rayhan Kabir akhirnya ditahan ketika bersembunyi di sekitar Kuala Lumpur.


Semuanya bermula pada 3 Julai lalu apabila Al Jazeera menyiarkan dokumentari yang berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’. Dalam dokumentari tersebut, Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dengan mendakwa berlakunya diskriminasi dan penindasan terhadap warga asing.

Penerangan daripada Rayhan tersebut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya kurang senang dengan pendedahan palsunya itu.

Selepas melakukan risikan dan buruan secara berterusan selama dua minggu, JIM akhirnya berjaya menahan Rayhan Kabir di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Dilaporkan, Rayhan Kabir akan diusir dan disenarai hitam daripada menjejakkan kaki semula ke Malaysia.

“Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya”, ujar Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Sumber: Harian Metro

 

BACA: Ini 7 Perkara Yang Telah Berlaku Sejak Video Kontroversi Al Jazeera Ditayangkan

Capture 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.