in

“Dia simpan je” – Ramai Bekap YouTuber ‘Konten Islamik’ Yang Ditangkap Sebab Simpan Video Porn Kanak-kanak

Collage 31

Baru-baru ini, seorang YouTuber Malaysia yang dikenali dengan video-video berbincang mengenai agama ditahan selepas pihak polis menemui dia telah menyimpan gambar dan video porno kanak-kanak.

Menurut DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasok melalui PDRM RMP TV Channel, pihak polis telah mendapat maklumat melalui kegiatan haram mengakses serta memiliki gambar dan video lucah kanak-kanak dan dewasa sebelum menyerbu sebuah rumah banglo di Batu 9, Cheras, Kajang.

Pasukan kami telah menangkap satu lelaki Melayu berusia 40-an”

Screenshot 2020 09 24 At 3.56.09 Pm

Hasil serbuan, pihak berkuasa telah menahan YouTuber tersebut serta merampas sebuah modem, unit router, cpu, tiga monitor, lima external hard disk dan sebuah telefon bimbit.

Walaupun ramai orang yang mengecam tindakan lelaki ini, ada juga segelintir yang menyokongnya dengan memberikan komen seperti “dia simpan je, bukan dia buat pun.”

Ahli politik, Marina Ibrahim turut memberikan komen di Twitter menyatakan rasa kurang senang bila ada orang yang sanggup menyokong perbuatan lelaki ini.

Menurut komen-komen netizen, YouTuber ini bukan saja ditemui melayari dan menyimpan bahan pornografi malah dia juga dikatakan orang yang bertanggungjawab membuat platform ini dapat diakses orang. Dikatakan juga YouTuber itu kini dibebaskan dengan jaminan.

Screenshot 215

Benda ni bukannya salah dari segi undang-undang je malah kebanyakan jenayah pedofilia bermula dari menyimpan koleksi video dan gambar lucah kanak-kanak.

 

Baca: “Saya lega dia dah mati” – Pedofilia Dianggap Paling Jijik Dalam Penjara, Mungkin INI Sebab Richard Huckle Dibunuh

Screenshot 2020 09 24 At 4.11.22 Pm