Pada hari Rabu lalu, Naya Rivera yang terkenal dengan lakonannya dalam siri TV Glee telah dilaporkan hilang lepas pergi bersiar menaiki bot bersama anaknya di Tasik Piru, California.
Pencarian pelakon ini telah dijalankan selepas anak lelakinya yang berusia empat tahun ditemui tidur bersendirian dalam bot dan selepas 5 hari, mayat Naya akhirnya dijumpai.
Menerusi sidang media di persisiran tasik semalam, Sheriff Bill Ayub mengatakan, polis yakin mayat yang ditemui itu adalah Naya memandangkan tak ada laporan lemas atau orang hilang selain wanita itu.
Dia juga turut mengatakan, siasatan awal menunjukkan tak ada indikasi jenayah mahu pun bunuh diri yang dapat dilihat, lapor BBC.
Menurut Daily Mail, anak Naya memberitahu polis yang mereka telah turun dari bot untuk pergi berenang dan ibunya ini telah membantu dia naik semula ke dalam bot tapi bila dia toleh, dia nampak ibunya hilang ke dalam air.
Dia dah gunakan seluruh tenaganya untuk masukkan anaknya semula ke dalam bot tapi tak cukup tenaga untuk selamatkan diri sendiri.”
Tambah Sheriff Bill, 90 minit sebelum anak Naya ditemui seorang diri di dalam bot, Naya telah menghantar gambar anaknya kepada salah seorang ahli keluarganya dan pihak penyelamat menggunakan gambar tersebut sebagai klu untuk fokuskan pencarian mereka.
Kalau korang nak tahu, kematian Naya Rivera ni merupakan kematian ke-tiga pelakon Glee. Tujuh tahun lalu, pelakon utama Glee, Cory Monteith telah ditemui mati di dalam bilik hotel kerana overdose dadah manakala seorang lagi pelakon Glee, Mark Salling membunuh diri sebulan selepas mengaku bersalah memiliki video pornografi kanak-kanak.
Mayat Naya juga ditemui betul-betul pada ulang tahun ke-7 kematian Cory Monteith.
Baca: “Tak dapat tampung berat” -[VIDEO] 10 Pelajar Lemas, Jambatan Gantung Putus Masa Tengah Berselfie