in

“Dia rapat dengan ibu” – Terlepas Hukuman Mati, Banduan Menangis Lepas Diberitahu Ibu Dah Meninggal 4 Tahun Lepas

Mahkamah2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak habiskan masa dipenjara, bekas pegawai keselamatan terlepas daripada hukuman mati kerana didakwa atas kesalahan membunuh remaja. Namun khabar berita hiba yang diterimanya apabila M. Thinagaran, 33 baru mengetahui ibunya telah meninggal dunia sejak 4 tahun lepas.


Dia mengetahui khabar berita itu apabila peguamnya, T. Vijayandren memaklumkan perkara tersebut kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh yang bersidang bersama-sama Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

 

Disabit kesalahan atas membunuh remaja tanpa niat

Menerusi BERNAMA, Thinagaran sebelum ini merayu atas sabitan dan hukuman mati selepas dia bersalah kerana membunuh seorang remaja lelaki berumur 17 tahun pada 9.30 malam, 16 Mac 2011 di sebuah rumah di Taman Puchong Indah, Puchong.

Namun, di akhir kes pendakwaan, pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadapnya dipinda kepada membunuh tanpa niat di bawah Seksyen 304(b) dan dijatuhi hukuman penjara l5 tahun kerana mengaku bersalah atas tuduhan pindaan itu.

Dia kemudiannya diperintah untuk membela diri atas pertuduhan membunuh selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Di akhir kes pembelaan, Thinagaran disabitkan dengan kesalahan membunuh remaja terbabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

Jadi, Thinagaran merayu ke Mahkamah Rayuan dan mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Namun, pada 3 hari lepas (5 Oktober 2020), Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan akhirnya dan meminda pertuduhan Seksyen 302 yang dihadapinya kepada membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304(a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

 

Ingin menjaga ibu tapi baru tahu dah meninggal dunia 4 tahun lepas.

Apa yang menghibakan adalah, sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Thinagaran dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa dia ingin menjaga ibunya dan Mohd Zawawi kemudiannya bertanya berapa umur ibunya.

“Emak saya berumur 56 tahun, Yang Arif,” ujarnya.

Mendengar jawapan anak guamnya, Vijayandren bangun dan memaklumkan bahawa ibu perayu telah meninggal dunia.

“Dengan izin Yang Arif-Yang Arif, ibu perayu telah meninggal dunia pada 2016. Perayu langsung tidak tahu mengenai perkara ini kerana tidak dimaklumkan oleh ahli keluarganya,” ujar peguam itu.

Selepas ,mendengar khabar berita tersebut, Thinagaran mula menangis teresak-esak. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapThinagaran dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Mac 2011.

Selepas habis prosiding, sumber melaporkan bahawa  ahli keluarga berjumpa dengan perayu dan mereka menjelaskan sesuatu kepadanya.

Vijayandren memberitahu media bahawa ahli keluarga perayu tidak memberitahu perayu ibunya telah meninggal dunia kerana khuatir dia tidak dapat menerima hakikat kerana dia rapat dengan ibu.

 

Baca : Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.