in

“Dia pun nak join jugak”- Sidang Parlimen Di Andalusia Tergendala Seketika Gara-gara Tikus

F 2 Rat Tikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana ketika persidangan di parlimen selalunya tegang dan serius sebab ahli-ahli parlimen membincangkan tentang isu dan masalah negara. Namun, buat ahli-ahli parlimen di Andalusia, Sepanyol ini pula, suasana bertukar menjadi kecoh dan ‘seram’ sebentar gara-gara kehadiran seekor tikus di dalam dewan tersebut.



Video kekecohan akibat binatang itu telah menarik perhatian ramai setelah dikongsikan oleh Twitter Reuters beberapa hari lalu.

Memetik laporan daripada The Indian Express, kejadian itu berlaku ketika Marta Bosquet yang merupakan Speaker Wilayah sedang bercakap. Dia yang sedang berucap dilihat tiba-tiba terkejut  dan menekup mulutnya setelah menyedari kehadiran haiwan terbabit.

Rat Tikus 5

Manakala dalam video terbabit, boleh dilihat ahli-ahli parlimen yang lain turut panik dan bangun dari kerusi masing-masing. Mungkin dorang takut kalau-kalau tikus tu naik atas kerusi atau meja tempat duduk masing-masing. 

Rat Tikus 4

Ada juga beberapa yang lain yang dilihat melarikan diri untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa ‘serangan’ tikus terbabit. Difahamkan, sebelum kejadian itu, kesemua ahli parlimen sepatutnya mengundi sama ada mereka sebulat suara memilih Susana Diaz sebagai senator baru untuk wilayah itu.

Nasib baik tikus itu kemudiannya berlari keluar dari dewan itu tak lama kemudian, jadi sesi persidangan dapat diteruskan semula. Namun ternyata video itu berjaya menghiburkan netizen yang rata-ratanya kata kejadian tu kelakar.

Rat Tikus 2

Rat Tikus 3

Macam mana lah tikus tu boleh masuk dan berada di kawasan tu pulak eh? 

Sumber: Twitter Reuters, The Indian Express  

Baca: “Lelaki pun tak berani”- Netizen Terkejut Tengok Gadis Ini Tangkap Tikus Guna Tangan

Rat Tikus 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.