in

“Dia pukul macam orang tu sand bag” – Trainer Gym Di PJ Didakwa Belasah Mamak Sebab Bagi Telur Mentah?

collage 11

Untuk penggemar telur setengah masak, korang mesti tahu cara nak masak telur ni agak tricky. Sebab itu, kalau pergi kedai nasib-nasib je lah kalau dapat yang perfect tu.

Tapi, kalau kita dapat telur setengah masak yang terlebih masak atau mentah, boleh je mintak tukar lain, tak adalah sampai perlu bergaduh kan?

Namun, bagi pelatih gim dari PJ ni lain pula ceritanya. Dia dikatakan telah membelasah seorang mamak gara-gara dia dapat telur setengah masak yang mentah. Seriouslahhh

Menurut seorang saksi yang kongsikan cerita ini di sebuah forum, dia mengatakan kejadian ini berlaku di restoran Al Sarifa di Bandar Utama semalam kira-kira jam 1 pagi.

Dikatakan, kejadian ini bermula bila pengurus restoran dipanggil ke meja pelatih gim tersebut yang sedang makan bersama kawannya.

Tapi bila pengurus ini tiba di meja, pelatih tersebut secara tiba-tiba mula memukul dan menendang pengurus tersebut yang hanya cuba melindungi muka dan badannya dari dibelasah sambil tanya apa salahnya.

Kami kemudian dengar pelatih tersebut dihidangkan telur setengah masak yang mentah kerana dia menjerit sambil menendang dan memukul pekerja tersebut.”

Tambah saksi ini lagi, tumbukan dan tendangan dari pelatih tersebut dibuat tanpa henti di bahagian muka selama lebih kurang dua minit sebelum beberapa orang yang berada di situ cuba meredakan keadaan.

Lepas tu, pelatih ni cepat-cepat lari dari tempat kejadian guna superbike dia dan tinggalkan kawannya.”

Pemilik dan pekerja-pekerja restoran telah meminta kawan pelatih tersebut untuk tunggu di tempat kejadian hingga pihak polis tiba.

DSC 0511

Pada awalnya, kawan pelatih tersebut cuba sedaya upaya untuk sembunyikan identiti pelatih itu namun selepas didesak dia akhirnya “buka mulut”.

Ketika kejadian, dikatakan ada seramai lebih 30 saksi dan setakat ini, sekurang-kurangnya lima orang saksi telah bersetuju untuk beri kerjasama mengenai insiden ini.

Pengurus restoran yang dibelasah itu telah pun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan turut membuat laporan polis.

Bagaimanapun, saksi yang menceritakan tentang kejadian ini turut memberitahu yang dia tak sempat untuk ambil gambar atau video ketika insiden berlaku mahu pun plat nombor motor yang dinaiki oleh pelatih tersebut.

“Saya rasa dia high sampai berkelakuan melampau gara-gara telur mentah”

Netizen yang membaca cerita ini turut membuat spekulasi mengatakan pelatih gim tersebut mungkin “high” lepas mengambil steroid.

Saya tengok sendiri insiden ni semalam, cara belasah memang tak perikemanusian. Macam pengurus tu sand bag.”

Screenshot 2020 10 09 at 1.22.59 PM

Screenshot 2020 10 09 at 1.23.43 PM

Boleh masak ke telur tu kalau dia belasah orang? Hm

 

Baca: Lelaki Nigeria Tendang Polis Lepas Kena Tahan Kerana Didakwa Mabuk & Pukul Pemilik Restoran

Screenshot 2020 10 09 at 1.48.36 PM