Sejak semalam, tular sebuah video yang sangat disturbing di mana seorang wanita dilihat membawa ‘pak cik’-nya ke sebuah bank namun apa yang menimbulkan persoalan ialah pak cik itu kelihatan seperti mayat, sangat pucat dan lembik.
Menurut laporan WION News, wanita yang dikenali sebagai Erika de Souza Vieira Nunes itu berulang kali memanggil lelaki yang sangat lesu itu sebagai ‘pakcik’.
Artikel berkaitan: Lando Zawawi Tegur Isu Lalang Meninggi, Tak Mahu Kes Mayat ‘Tersorok’ Berulang
Artikel berkaitan: Tanam Mayat Belakang Rumah, Polis Sahkan Motif Pembunuhan Kerana Sebar Gambar Bogel Rakan
Insiden aneh itu difahamkan berlaku di sebuah bank di Brazil, tindakan wanita itu kemudiannya menimbulkan rasa sangsi pekerja bank itu lalu dia bertindak memanggil pihak berkuasa.
A woman wheeled the corpse of an elderly man into a bank in Brazil, hoping to get a sign-off on a loan. She was promptly arrested on fraud charges. pic.twitter.com/EB3TKRRrbL
— Al Jazeera English (@AJEnglish) April 18, 2024
Dalam rakaman kamera keselamatan, Nunes dilihat berdiri di sebelah si mati yang berada di atas kerusi roda, wanita itu kelihatan cuba mengangkat kepala mayat yang terkulai itu berulang kali.
Malah, dia juga dilihat bercakap dengan mayat itu lalu memintanya memegang pen dan menggerakkan tangannya meskipun tiada respons.
“Dia tahu Pak Cik itu dah mati”
Menurut Ketua Polis dan Pegawai Penyiasat, Fábio Luiz Souza wanita berkenaan tahu lelaki itu sudah pun meninggal dunia dan dia juga mengakui dia tidak pernah menemui kes sebegitu sepanjang 22 tahun menjadi polis.
Selain itu, Fábio Luiz Souza berkata lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia sejak dia dibawa masuk ke dalam bank dan wanita itu hanya berupura-pura mayat itu masih hidup.
Lebih mengeruhkan keadaan, pihak polis kini sedang menyaiasat jika si mati betul-betul ada pertalian darah dengannya.
Sumber: WION