Bapa mana yang tak sedih dan murung bila anak kesayangan ditimpa kesusahan?
Macam yang korang tahu, minggu lepas anak kepada pelakon hebat Bollywood Datuk Shah Rukh Khan (SRK), Aryan Khan telah ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik selepas serbuan dibuat ke atas kapal mendapati anaknya ini memiliki serta mengambil dadah.
Ekoran penahanan ini, salah seorang rakan terdekat pelakon ini memberitahu yang SRK kini rasa tertekan dan kecewa.
Menurut BollywoodLife, walaupun pelakon ini kelihatan tenang, namun dalamannya dia merasa marah dan kecewa sehingga tak lalu makan dan tak tidur mengenangkan anaknya itu.
Sebelum ini, dikhabarkan yang SRK akan meneruskan kerjanya seperti biasa pada hari ini kerana menyangkakan anaknya itu akan pulang ke rumah namun selepas mahkamah menolak permintaan Aryan untuk dijamin, SRK menangguhkan rancangannya.
Dah ambil dadah sejak empat tahun lalu
Untuk pengetahuan korang, ketika Aryan disoal siasat oleh pihak berkuasa, pemuda ini mengaku yang dia telah mengambil pelbagai jenis dadah sejak empat tahun lalu.
Dikhabarkan, Aryan telah memberikan kerjasama yang sangat baik ketika disoal siasat dan berkelakuan sopan. Lelaki ini juga turut mendedahkan yang dia telah mengambil dadah ketika dia tinggal di Dubai, UK dan negara-negara lain.
Sebelum ini, rayuan Aryan untuk dilepaskan dengan ikat jamin telah ditolak oleh mahkamah majistret kerana ketika penahanannya pihak berkuasa turut merampas dadah walaupun bukan darinya. Mahkamah turut menolak rayuan ikat jamin dari dua rakannya yang ditahan sekali Arbaaz Merchantt dan Munmun Dhamecha.