in

“Dia nak pergi beraya tu”- Tapir Terlepas Dari Zoo Johor, Diselamatkan 40 Minit Selepas Ia Melarikan Diri

Tapir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor tapir telah menjadi perhatian masyarakat apabila ia melarikan diri setelah terlepas dari Zoo Johor pada awal pagi Sabtu.


Memetik laporan Berita Harian, tapir tersebut ditemui sedang berkeliaran di jalan raya oleh sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang pada ketika itu sedang meronda Ops Prihatin untuk mengesan gelandangan.

7

Tapir itu ditemui oleh APM pada sekitar 3.15 pagi. Kejadian penemuan tapir itu telah sempat dirakam sebelum dikongsikan di media sosial.

Dalam video yang berdurasi sekitar 50 saat itu, dapat dilihat tapir itu melarikan diri dan anggota APM telah mengejar haiwan itu sebelum mereka berjaya menyelamatkan tapir tersebut untuk dihantar semula ke Zoo Johor.

Artikel Berkaitan: “Tapir pun?” – Ini 7 Haiwan Di Dunia Yang Korang Tak Sedar Sudah Hidup Sejak Zaman Prasejarah Lagi!

Artikel Berkaitan: “Macam-macam selera orang kita…” – Dr Zul Jelaskan Hukum Makan Tapir

Difahamkan, sebelum haiwan itu berjaya diselamatkan, PERHILITAN telah dihubungi oleh anggota APM untuk bekerjasama untuk menyelamatkan haiwan tapir itu.

Lokasi tapir itu ditemui oleh APM adalah tidak begitu jauh daripada Zoo Johor. Selepas ia berjaya diselamatkan pada sekitar empat pagi iaitu kira-kira 40 minit selepas ia terlepas dari zoo, tapir itu kemudiannya dipindahkan semula ke zoo tersebut.

Rata-rata warganet yang melihat video itu bergurau mungkin tapir itu keluar dari zoo kerana mahu membeli barang keperluan untuk raya nanti.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.