in

“Tapir pun?” – Ini 7 Haiwan Di Dunia Yang Korang Tak Sedar Sudah Hidup Sejak Zaman Prasejarah Lagi!

B2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ni, memang banyak haiwan yang korang boleh lihat seperti ikan, burung, kucing dan harimau. Akan tetapi, ada di antara binatang tersebut telah diancam kepupusan disebabkan pelbagai krisis yang melanda mereka.


Namun begitu, terdapat juga haiwan di dunia ni yang masih lagi tak pupus sejak zaman prasejarah tau! Malah, ada sesetengahnya mungkin korang pernah nampak sebelum ni. Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita tentang haiwan prasejarah yang masih lagi hidup sampai sekarang. Jom baca! 

1. Komodo Dragon 

Cf6Dc21110469B487050Aca3F53E8A79

Haiwan reptilia yang diberi julukan ‘naga’ ni merupakan salah satu peninggalan zaman kuno yang terkenal! Dipercayai, ia merupakan spesis cicak paling besar di Bumi dan dijangka telah wujud hampir empat juta tahun dahulu!

Menariknya, haiwan ni banyak dijumpai di sebuah pulau di Indonesia yang diberi nama, Pulau Komodo di mana terdapat lebih seribu jumlah cicak ni di sana. Kalau korang nak tahu, pulau tersebut turut menjadi pusat perlindungan bagi haiwan unik yang lain dan juga menjadi salah satu tapak warisan UNESCO.

2. Burung Bangau Shoebill

Shoebill Stork

Dari fizikal dan saiz paruhnya yang besar daripada burung lain, korang dah boleh agak yang burung ni merupakan haiwan prasejarah.

Bagi kebanyakan burung, diet dorang merupakan serangga ataupun buah-buahan. Namun, bagi haiwan seakan burung Dodo ni, ianya memakan haiwan lain seperti ular, belut dan anak buaya. Kalau korang nak tahu, burung ni banyak terdapat di kawasan paya air tawar di Timur Afrika.

Uniknya, Shoebill dikatakan dari kumpulan haiwan yang sama dengan T. rex! Namun begitu, keturunan dengan nenek moyangnya telah pun terpisah kira-kira 65 juta tahun dulu.

3. Panda Merah 

40C32F3Fd2F62626E74D04D1Bb037Cfc

Mesti ramai yang anggap haiwan ni ada pertalian dengan beruang panda macam dalam filem Kung Fu Panda tu. Sebenarnya, ia berasal dari sebuah keluarga haiwan yang unik di mana panda ni saja yang masih terselamat sehingga kini.

Menurut rekod fosil, haiwan comel dan tak berbahaya pada manusia ni telah wujud di hutan gunung di Nepal dan China sejak 25 juta tahun dulu! Kalau korang nak berpeluk-pelukan dengan panda ni, korang boleh pergi je dekat zoo di Malaysia ni.

Artikel berkaitan: Kisah Sedih Haiwan Prasejarah ‘Psittacosaurus’, Maut Tertimbus Ketika Lindungi ‘Adik-adiknya’

4. Tapir 

B1

Tak disangka, Tapir yang banyak dijumpai dekat Malaysia ni pun wujud dari zaman prasejarah lagi. Selain negara ni, ia juga didapati di pelbagai benua seperti Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Di samping tu, asal usul haiwan herbivor ni dikatakan telah wujud pada zaman Miosen iaitu sekitar 23 juta tahun dahulu. Tapi, apa yang sedihnya, sesetengah spesis tapir ni turut diancam kepupusan.

Harap tapir masih ada dekat Malaysia ni…

5. Belangkas

Belangkas

Korang yang pergi pantai tu mesti pernah nampak haiwan ni kan? Mula-mula pandang memang nampak pelik macam makhluk asing namun, sebenarnya ianya adalah haiwan prasejarah.

Ia merupakan salah satu haiwan invertebrata seperti ketam dan juga kala jengking. Menariknya, haiwan yang telah wujud sekurang-kurangnya 450 juta tahun dulu ni turut menjadi buruan bagi penggemar makanan eksotik di Malaysia.

Artikel berkaitan: Saintis Temui Semula Burung Kuang Dianggap Pupus Selama 140 Tahun

6. Obor-obor

Bagaimana Obor Obor Boleh Hidup Tanpa Jantung Dan Otak

Haiwan yang menyengat seperti kuasa elektrik ni turut tak terkecuali sebagai salah satu haiwan prasejarah yang masih wujud.

Obor-obor yang terdapat di perairan negara tropika ni dikatakan telah wujud lebih 505 juta tahun dahulu apabila fosil tertuanya berjaya dijumpai pada 2007. Namun begitu, para saintis berpendapat yang haiwan ni mungkin telah wujud seawal 700 juta tahun dulu. Wow! 

7. Nautilus

Nautilus Palau

Dari rupanya yang unik, haiwan air yang dianggap sebagai fosil hidup ni turut merupakan spesis tertua di dunia. Dipercayai, fosilnya yang dijumpai telah wujud sekitar 500 juta tahun dahulu. Walaupun permukaan muka bumi mengalami perubahan namun, fizikalnya tetap seperti zaman prasejarah tau!

Sumber: StarsInsider

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.