Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki merayu dalam keadaan ketakutan meminta pertolongan di dalam sebuah tren.
Menerusi video yang dikongsikan itu, lelaki tersebut mendakwa dia diekori sejak pagi (semalam) oleh seseorang yang berniat untuk membunuhnya.
Lelaki terbabit mendakwa abang kandungnya sendiri telah mengambil insurans atas namanya dan kini mengupah orang untuk membunuhnya.
Artikel berkaitan: “Umur bau tanah kubur” – Pemuda Diganggu Pakcik Dalam LRT, Ajak Buat Perkara Tak Senonoh
Artikel berkaitan: Bintang Badminton Jepun, Chiharu Shida Dedah Diekori ‘Stalker’ Lebih Setahun Lalu
“Dari pagi mereka ikut saya kak. Abang saya ambil insurans, nak bunuh saya. Abang saya nak bunuh saya. Mereka ikut saya.
“Viralkan, tolong selamatkan saya. Abang saya nak bunuh saya, mereka hantarkan orang. Tolong bantu, tiada orang nak bantu saya.
“Saya dah buat report dah. Orang ganggu saya, ambil insurans nak bunuh saya. Abang kandung saya. (Tolong) masukkan dalam TikTok, Facebook,” ujarnya sambil menunjukkan helaian kertas yang dipercayai laporan polis yang dibuat.
Pemilik video menyatakan dia berasa kasihan melihat lelaki terbabit menggigil dan menangis dalam ketakutan.
Dalam laporan yang dikongsikan, lelaki itu mendakwa berlaku masalah dalam keluarga dan dia merupakan seorang mualaf.
Video terbabit telah meraih lebih 2.2 juta tontonan di TikTok. Perkara ini juga turut mendapat perhatian RapidKL yang meminta untuk memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Sumber: TikTok