in

“Dia Memang Suka Bergurau” – Adira Nafi Rujuk Dengan Datuk Red, Tegaskan Tiada Berita Gembira

adira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Adira Suhaimi menepis spekulasi bahawa dia bakal rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Menurut Adira, kenyataan yang dibuat Datuk Red sebelum ini hanyalah gurauan semata-mata.


“Datuk Red memang suka bergurau, dia suka main cakap saja. Bila ada orang tanya dalam sesi ‘live’ sama ada kami dah rujuk, dia terus jawab ‘sudah’.

“Tapi yang kenal dia, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada apa-apa berita gembira daripada kami,” katanya.

Artikel berkaitan: “Tak semestinya nak kena ada duit, asalkan kita suka” – Adira Suhaimi Backup Andika Putera Pasal Isu ‘Old Money’

Artikel berkaitan: “Saya masih ibu tunggal, tidak duduk serumah!” – Adira Jawab Fitnah Konon Bersekedudukan Dengan Bekas Suami

92E1CC5C 672E 4938 8194 18C29B996F19
Adira dan Datuk Red

Buat masa ini, Adira mengakui masih belum terfikir untuk kembali berumah tangga dan lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

“Ramai yang mendoakan, tapi saya belum sampai ke tahap itu. Saya tak fikir pun nak ada orang lain sekarang.

“Saya lebih fokus besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya sangat perlukan saya. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada pun, tak mengapa,” tambahnya.

Menurut laporan Harian Metro, Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment, di mana dia turut melancarkan lagu raya baharunya bersama Black Hanifah berjudul Syawal Rindu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 3, yang kini berada dalam jagaan Adira.

Kredit: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.