in

“Dia masukkan tangan dalam seluar budak itu” – Wanita Rogol Kawan Anak Sendiri Umur 11 Tahun Berkali-kali

Collage 17

Benda ni memang jarang kita dengar tapi tak mustahil selalu berlaku. Seorang wanita didakwa merogol seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang merupakan anak murid suaminya.

Menurut Mirror, hubungan Su Hyon Dillon dan budak lelaki ini bermula apabila budak ini tidur di rumahnya kerana budak ini juga merupakan rakan anak lelaki Su.

E 1

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Washington, AS, Su telah masuk ke dalam bilik tidur untuk memulakan percubaan seks dengan budak tersebut.

Dia (Su) datang ke bilik dan baring sebelah budak itu. Kemudian, dia masukkan tangannya ke dalam seluar budak itu dan (melakukan perlakuan seks).”

Tak cukup dengan itu, Su kemudian memaksa budak lelaki itu untuk memanjat badannya untuk melakukan hubungan seks.

Pada awalnya budak lelaki itu memberitahu Su yang dia takut perbuatannya akan membuatkan ibu rakannya ini mengandung. Tapi wanita ini memberitahu yang dia telah mengikat tiubnya dan dia tak boleh mengandung lagi.

Kalau korang nak tahu, budak lelaki ini dan anak Su merupakan pemain sukan lacrosse yang diajar oleh suami wanita ini.

Oleh itu, hubungan seks mereka biasanya berlaku di rumah Su atau di hotel jika pasukan ini bermain luar dari kawasan sekolah.

Bukan itu saja, budak lelaki ini memberitahu pihak polis yang Su pernah cium bibirnya masa dia baru saja berusia 10 tahun. Eee, tak fikir anak ke masa buat semua ni?

“Katanya, ada sekali semasa mereka dalam perjalanan pulang, wanita ini berhenti tepi dan beritahu budak ini untuk merahsiakan hubungan mereka kerana dia mahukan hubungan mereka untuk berterusan dan menjadi lebih serius.” 

Su didakwa dengan empat kesalahan merogol kanak-kanak diantara May 2014 dan May 2015.

Perbuatan Su ini mula terbongkar apabila budak lelaki ini mula mencederakan diri sendiri dengan mengelar dirinya di beberapa tempat dan mula ponteng sekolah.

Kerana itu, budak ini telah dihantar untuk tinggal bersama bapanya di Virginia, ketika ini lah baru budak ini mengikuti sesi kaunseling dan mula memberitahu tentang kisah dia dan ibu rakannya itu.

0 Su Hyon Dillon

Su menafikan dakwaan yang dia melakukan hubungan seks dengan lelaki ini sebelum menyalahkan budak ini kerana “menggodanya” dulu.

Namun kemudian dia mengaku mengalami masalah dalam perkahwinannya dan mangsa telah buatkan dia rasa lebih “disayangi”. Su mengatakan yang dia tak ada perasaan romantik pada budak ini tapi dia sukakan perhatian yang dia dapat.

Su Hyon yang kini masih menafikan semua pertuduhan sedang bebas selepas diikat jamin. Namun, dia tak dibenarkan untuk pulang ke rumah dan tak boleh menghubungi kanak-kanak lain termasuk anak-anaknya sendiri.

“Orang ini telah mengambil kesempatan ke atas budak-budak berusia 10 dan 11 tahun. Mereka tak boleh nak buat keputusan pada usia seperti itu.

“Tambahan lagi, sebagai ibu bapa cuba bayangkan anda hantar anak anda ke rumah kawan dan akhirnya anak sendiri jadi mangsa.” – Detektif Ed Troyer

 

Baca: “Gobloknya gak ketulungan” – Isteri Bantu Suami Rogol Dua Anak Kandung Selama 7 Tahun Sebab Tak Nak Suami Masuk Penjara

Screenshot 2019 05 14 At 1.16.39 Pm