in

“Dia masa lalu saya” – Amelina Tak Mahu Dikaitkan Dengan Isu Video Tular Suami Dera Isteri

Ft Amelina Enggab Ulas Isu Video Suami Dera Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial sejak semalam berkenaan dengan video yang mengundang kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Majoriti netizen panas hati melihat tindakan seorang lelaki mendera isteri di hadapan anaknya.


Jelas kelihatan kanak-kanak yang dikatakan anak kepada pasangan di dalam video tersebut seperti ketakutan. Oleh itu, Kosmo! melaporkan bahawa, pihak polis ada menerima laporan berkenaan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan.

Berikutan dengan penularan video itu, timbul satu spekulasi bahawa gerangan lelaki terrsebut merupakan bekas suami kepada  seorang penyanyi dangdut terkenal, Amelina.

 

Saya tak nak tengok video itu – Amelina

Amelina

Memetik laporan Harian Metro, ketika diminta untuk mengulas isu terbabit, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Asyik itu enggan memberikan sebarang komen dan biar polis menjalankan siasatan kerana seandainya individu tersebut merupakan bekas suaminya, itu adalah masa lalu.

“Saya tak boleh nak komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan. Kalau betul dia adalah bekas suami saya, dia dah jadi masa lalu saya.”

Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin juga berkata bukan haknya untuk memberikan sebarang kenyataan dan meminta agar dirinya tidak dikaitkan dengan isu terbabit.  Malah, saat ditanya jika sudah menonton video tersebut, Amelina tidak mahu.

“Dia dah tak ada kena mengena dengan saya. Jadi, saya mohon agar tidak dikaitkan lagi isu ini dengan saya, saya tak mahu menonton video itu.”

“Saya sendiri mengambil masa 15 tahun untuk membuat satu keputusan yang paling tepat sebab saya tak mahu merisikokan orang di sekeliling.”

Screenshot 2022 11 19 112805

Malah Amelina juga turut berpesan kepada orang ramai agar tidak menghina dan terlalu ‘menekan’ mangsa keganasan rumah tangga.

“Jangan hina mangsa kekerasan dalam rumah tangga. Mereka yang berada dalam situasi ini sebenarnya terikat dengan beberapa perkara iaitu ketaatan kepada agama, suami dan persekitaran.”

“Kesannya bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi juga mental dan bagi mereka yang pernah mengalaminya, ia meninggalkan trauma yang besar.”

“Jangan terlalu ‘menekan’ mereka yang menjadi mangsa ini. Janganlah dikata mangsa-mangsa ini, bodoh. Hanya Allah yang tahu, apa yang mereka rasakan.”

Baca : Viral Video Suami Dera Isteri Depan Anak, Polis Buka Kertas Siasatan

Ebfsadgnf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.