in

“Dia lilit leher 3 kali dan lompat!” – Kanak-Kanak Hampir Mati Tiru Aksi Gantung Diri Lepas Tonton Video di TikTok

Feat2 6

TikTok kini popular di seluruh dunia dan menjadi kegilaan pengguna terutamanya anak muda yang suka mengikuti trend terkini aplikasi itu. Ada saja trend atau challenge yang popular di TikTok menjadi ikutan ramai.

Namun, ada sesetengah video di TikTok yang memberi kesan buruk terhadap anak-anak kecil yang sedang membesar kerana mereka masih belum tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Apa yang mereka tahu, mereka tidak mahu terlepas daripada ikuti ‘trend’.

Tiktok

Seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak dari Filipina baru-baru ini. Ibu kanak-kanak itu telah berkongsi di Facebook tentang insiden yang berlaku terhadap anak perempuannya yang hampir kehilangan nyawa disebabkan video TikTok.

Menurut Mara Ordinario, selepas menonton sebuah video di TikTok anak perempuannya berusia 4 tahun itu meniru aksi tersebut.

Video yang ditonton itu menunjukkan seorang budak melilit tali di lehernya sebelum menjadi hantu (special effect di TikTok). Anaknya bernama Freya itu kemudian cuba melakukan perkara yang sama.

Dia cuba tiru (aksi) menggunakan tali bidai di dalam bilik tidur kami. Dia lilit lehernya sebanyak 3 kali dan terus lompat.”

Nasib baik saya ada di situ ketika ia berlaku. Tak boleh saya bayangkan apa akan jadi jika saya tiada di situ tepat pada masanya.”

Bidai

Kata Mara, Freya kini dalam keadaan baik dan hanya mengalami sedikit calar serta parut di sekeliling lehernya. Dia turut menasihati semua terutamanya ibu bapa untuk sentiasa perhatikan anak-anak serta awasi apa yang mereka tonton online.

Anak saya berusia 4 tahun hampir kehilangan nyawanya disebabkan video merepek di TikTok.”

Leher1

Leher2

Baca: [Video] Lucu! Mak Baru Rancak Nak Bertiktok, Sekali ‘Si kecil’ Buat Hal Rampas Dan Bawa Lari Handphone

Feat Tik Tok Final

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook