Ramai yang masih tak percaya dengan pemergian aktor Ashraf Sinclair ini, seorang yang sangat menitik beratkan kesihatan itu boleh meninggal dunia akibat serangan jantung.
Pelatih kecergasan Ashraf, Oka Tripambudi juga tergamam apabila mendengar khabar berita ini kerana mereka sempat bersua malam sebelumnya
Itu bukan sesuatu yang berat
Fitness trainer untuk senaman High-Intensity Interval Training (HIIT) ini katanya Ashraf nampak happy pada malam tersebut.
Dia datang untuk training pada pukul 7.30 petang dan tiada petanda aneh yang menjejaskan kesihatannya pun..
“Tadi malam, beliau datang ikut kelas jam setengah delapan. Seperti biasa happy, sapa semuanya, benar-benar menyenangkan seperti biasa”
Tambah Oka lagi, Ashrag melakukan latihan yang ringan dan tidak melebihi batas kemampuannya.
“Dia latihan sampai jam sembilan malam, latihannya normal seperti biasa, bisa dibilang untuk beliau itu bukan sesuatu yang berat”
Oka yang juga dianggap sebagai rakannya itu menjelaskan Ashraf tidak mempunyai jadual rutin untuk bersenam dengannya ia bergantung kepada waktu yang dia tetapkan sendiri memandangkan dia sibuk dengan kerjanya.
Okadan Ashraf Sinclair sudah melakukan senaman CrossFit atau HIIT sejak tahun 2012. Untuk mereka yang mengikuti perkembangan Ashraf Sinclair sebelum ini dia memang gemar dengan senaman HIIT.
Ashraf Sinclair juga mengaku gemar bersenam di gym, tapi macam mana boleh kena serangan jantung?
Menerusi info yang diolah semula di Tribunnews, kadar serangan jantung untuk orang berusia bawah 40 tahun semakin meningkat.
Selama beberapa dekas, faktor usia juga boleh dikatakan salah satu faktor risiko terbesar seseorang itu terkena serangan jantung.
Kalau dulu lelaki usia 50 tahun keatas dan wanita 65 tahun paling mudah terkena serangan jantung ini. Namun sekarang, umur tak tak boleh nak jadikan faktor utama kerana ramai sahaja individu berusia bawah 50 tahun terkena serangan jantung.