in

“Dia keluar dengan parang” – Penyanyi 90-an Enggan Berbincang, Tak Bayar Sewa Rumah 4 Bulan

Parang 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang tuan rumah telah membuat laporan polis mengenai penyanyi lelaki popular era 1990-an yang didakwa tidak membayar sewa rumah selama empat bulan.


Artikel berkaitan: “Ambillah kedai runcit sebagai ganti” – Peniaga Buntu Tak Dapat Bayar Kompaun RM50k, Rumah Sewa Dah 7 Bulan Tertunggak

Artikel berkaitan: “Acah teraniaya” – Aliff Syukri Hilang Sabar Dakwa Pengasas Tudung Sarung ‘Liat’ Bayar Hutang Jutaan Ringgit

Menurut Harian Metro, sewa rumah itu telah tertunggak sebanyak RM3,600 kerana tidak dibayar dari bulan Jun sehingga September. Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar oleh penyanyi itu menjadikan jumlahnya hampir RM7,000.

Liza Mohamad yang juga pemilik rumah itu berkata, dia telah membuat empat laporan polis namun kes ini masih lagi tidak dapat diselesaikan walaupun notis mengosongkan rumah telah diberi dan diterima. Penyanyi itu walau bagaimanapun tidak mempedulikan notis tersebut dan masih tinggal di rumah itu.

Parang 1
Harian metro

Rumah yang terletak di Setapak Indah itu disewakan kepada penyanyi berkenaan dan mereka telah bersetuju dengan kontrak penyewaan rumah tamat pada bulan September. Akan tetapi, setelah kontrak tamat penyanyi itu masih tidak lagi beredar.

Liza menambah, rumah itu adalah aset peninggalan arwah suami dan disebabkan sewa rumah itu sudah tertunggak, dia berhadapan dengan masalah kewangan dan perlu tinggal di rumah itu semula.

Apa yang membimbangkan, ketika Liza datang ke rumah kerana mahu berbincang mengenai hal itu penyanyi tersebut akan keluar dengan parang. Dia akui penyanyi lelaki itu sukar untuk dibawa bincang.

Liza yang juga pekerja swasta memaklumkan, penyanyi tu akan keluar dari rumah itu sekiranya ada kediaman lain untuk diduduki. Sepanjang Oktober 2020 sehingga September 2021, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang membayar sewa rumah itu dan disambung bayar oleh Baitulmal sehingga September lalu.

Ibu tiga anak ini berharap agar pihak berkuasa dapat membantu carikan rumah lain untuk penyanyi itu tinggal. Dia juga akan menyelesaikan masalah itu secara baik di luar mahkamah dan mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.