in

“Dia kata ok Ma nak tidur sekejap” – Ibu Bimbang Keadaan Syafik Shukri, Sempat Video Call Sebelum Kapal Dipintas

ft ibu risau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada aktivis dan wartawan daripada Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil iaitu Rodziah Abdullah meluahkan rasa sedih apabila mendengar berita penahanan anak bongsunya itu ketika menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens To Gaza (FFCxTTMG).

Dalam nada sebak, Rodziah ada mengimbau semula detik dia mendapat tahu anak kesayangannya itu berada di dalam salah satu daripada sembilan kapal misi kemanusiaan yang dirampas secara haram oleh Israel pada 10.50 pagi Rabu.


Artikel berkaitan : “Saya pergi kerana anak saya” – Farah Lee Jawab Persoalan Kenapa Sertai Flotila Ke Gaza

Artikel berkaitan : 23 Aktivis Malaysia Yang Sertai Global Sumud Flotilla Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada Isnin

Tak boleh tidur malam

Jelas Rodziah dia tidak boleh tidur nyenyak pada 2 malam berturut-turut memikirkan keadaan Syafik.

“Dua malam saya tak boleh tidur. Sekejap bangun, fikir macam mana keadaan Syafik di sana.”

“Lepas dengar berita tu, saya terus hilang selera makan. Risau sangat. Ya ALLAH, hati ni Tuhan saja yang tahu.”

 Screenshot 2025 10 10 141321

Rodziah juga turut sebak apabila mengenangkan detik Syafik menyuarakan hasratnya untuk menyertai FFC x TTMG, Rodziah sebak.

“Katanya ‘Mama ini cita-cita Syafik, nak pergi juga. Mama doakanlah’ kata dia. Abang dan kakaknya kata kalau begitu keputusannya, pergilah. Kita doa kepada ALLAH.”

Kata Rodziah lagi, dia sempat membuat panggilan video pada jam 8.45 pagi, sekitar 2 jam sebelum keseluruhan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dipintas.

“Dia video call mak cik dan kakak-kakaknya. Lepas tu dia kata, Ma, ok Ma nak tidur sekejap. Saya kata, pergilah tidur.”

3303320

“Namun tak lama selepas itu, keluarga dikejutkan dengan berita penahanan Syafik. Kakak dia beritahu, Ma, Syafik dah kena tangkap. Saya kata, eh tak lah, baru tadi dia berborak dengan mama. Tapi bila kakak dia sahkan berita itu, saya terus rasa lemah.”

Rodziah menceritakan bahawa dia terus ambil wuduk dan menunaikan solat hajat yang sekali gus menyerahkan segalanya kepada Allah. Namun begitu, dia bersyukur apabila dapat tahu yang anak lelakinya itu dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah, sekarang saya dapat tahu Syafik selamat, saya bersyukur sangat.”

Screenshot 2025 10 10 141343

Menurut sumber, Syafik pernah menyertai misi Break the Siege: Freedom Flotilla to Gaza pada tahun 2024, namun misi tersebut terpaksa dihentikan selepas hampir seminggu berada di Istanbul atas faktor diplomatik dan pentadbiran.

Sumber : Sinar Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.