Antara banyak-banyak pasangan selebriti Malaysia, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal boleh dikatakan antara pasangan romantis yang disukai netizen oleh kerana gelagat mereka berdua yang ‘sweet’ dan sering mencuri perhatian ramai.
Pun begitu, siapa sangka pada hari ulang tahun perkahwinan pasangan ini, Wawa Zainal telah menerima direct message (DM) di Instagram daripada individu tak dikenali yang mengakui kawan baik kepada Aeril.
Apa yang mengejutkan ialah individu itu mendakwa kononnya Aeril ada ‘membuat’ sesuatu tidak senonoh di belakang Wawa dengan perempuan lain di sebuah hotel! Whaaatt??
https://www.instagram.com/p/CLuTUhSsRCx/
Namun DM tersebut agak mencurigakan kerana gaya bahasa individu tersebut kelihatan agak pelik dan sukar dipercayai sama ada ia betul ataupun tidak.
“Fitnah tapi pakai Google Translate”
Rata-rata netizen yang membaca posting Wawa berpendapat mesej yang dihantar individu tersebut ternyata fitnah semata-mata kerana penyusunan ayatnya pun seperti menggunakan fungsi ‘Google Translate’ saja.
Malah lebih lawak lagi, Aeril tampil meninggalkan komen di posting Instagram isterinya dengan mengatakan mereka tidak berbuat apa-apapun cuma ‘membuat homework’ je. Halah lawaknya si Aeril ni!
Apa-apapun sabarlah ye Wawa dengan kerenah netizen ni. Happy Anniversary Wawa & Aeril!