in

“Dia gigil sebab trauma” – PA Dedah Punca Reaksi Janggal Bella Astillah Ketika Umum Kemenangan Sophia Albarakbah

bella astillah sophia albarakbah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah program anugerah hiburan yang berlangsung malam tadi mencetuskan perbualan hangat di media sosial susulan dakwaan reaksi janggal penyanyi Bella Astillah ketika menyebut nama pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi oleh pelakon Sophia Albarakbah.

Bagaimanapun, Sophia yang ditemui pada sidang media selepas acara itu berkata dia tidak melihat situasi itu sesuatu yang pelik dan tidak merasakan dirinya disindir.


Artikel berkaitan: Netizen Anggap ‘Awkward Moment’ Ambil Trofi Daripada Bella Astillah, Ini Komen Sophia Albarakbah

Artikel berkaitan: “Biar orang buat kita” – Dituduh Putar Belit Cerita, Sophia Albarakbah Kekal Tenang

BELLA SOPHIA1 e1754267984314

“Itu bukan cara Bella sampaikan anugerah”

Pun begitu, pembantu peribadi kepada Bella iaitu Niel Rafeq memberi bayangan bahawa situasi kekok yang tular itu bukanlah sikap sebenar Bella.

Situasi itu mungkin terjadi disebabkan kontroversi peribadi yang pernah tercetus membabitkan individu tersebut.

“Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia trauma.

“Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga harini. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu.

“Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar,” tulisnya yang turut meletakkan tanda pagar #janganbuatinnocent.

Screenshot 2025 08 04 093916

Sementara itu, media melaporkan Bella juga terus menghilangkan diri selepas acara tamat dan langsung tidak muncul di bilik sidang media walaupun memenangi kategori Selebriti Couple Goals Terhangat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.