in

“Dia dah kerja keras” – Nak Belanja Mak Makan Sushi, Tapi Tak Cukup RM1 Buat Penjual Tersentuh

Sushi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Marcus, seorang peniaga sushi dari Taman Bukit Anggerik,Cheras kongsikan detik manis campur sebak pasal seorang budak lelaki yang datang ke premisnya nak belikan sushi untuk ibunya.


Menurut penjelasan daripada WORLD OF BUZZ, masa dia datang ke kedai, dia perhatikan budak lelaki yang sedang isi maklumat dalam logbook itu dilihat dalam keadaan seperti baru lepas cedera sebab ada terjatuh sebelum itu.

118374179 3754881817862225 150343866385420952 O

Kata Marcus, dia terus bangun tanpa merengek. Apa yang membuatkan Marcus makin rasa terharu adalah apabila dia bertanyakan kepada adik ini makan untuk berapa orang, jawapannya membuatkan Marcus benar-benar terharu.

Kalau min pun mungkin rasa penat tu hilang, sweet sangat!

Saya datang sorang sebab nak belikan sushi untuk mak. Dia dah kerja keras jadi saya nak belanja dia”

118210942 3754881661195574 8737692309504898349 O

Ketika nak buat pembayaran, wang yang ada di tangan adik ini tak cukup harga semuanya RM 17.15 tetapi adik ini cuma ada RM 16 sahaja!

Disebabkan hatinya lembut apabila melihat ketekunan adik ini, Marcus belanja RM1 untuk bantu adik ini tunaikan hajat belanja ibunya.

Adik tersebut gembira dan dengan nada yang penuh sopan ucapkan balik terima kasih dekat Marcus.

Bagi min mereka berdua ini memang hero, adik ni yang sanggup kumpul duit sebab nak balas jasa mak dan Marcus yang hatinya begitu mulia bagi diskaun dekat adik ni. 

 

Baca : “Orang kampung beri kerjasama sangat baik” – Netizen Terharu Frontliners Padang Terap Tanpa Lelah Lakukan Saringan COVID 19

Fl

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.