in

“Dia dah block pakcik” – [VIDEO] Lelaki Menangis Tak Dapat Tahan Rasa Rindu Dekat Anak

Ft Bapa Rindu Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun kadang-kadang kita jarang nampak keberadaannya kerana sibuk mencari rezeki, jauh dari sudut hatinya rasa rindu dan sayang itu mesti ada.

Walaupun jarang kita nampak anak rapat dengan ayah, itu tak bermakna si ayah tidak ada hak dan diberi ruang untuk rasai kasih sayang anak apabila mereka menjelang dewasa.


Sejak bercerai, lelaki ini tak mampu menahan air mata kerana terlalu rindu anaknya.

 

Dah tak mampu bertahan, teramat rindu

Video yang telah meraih 1 juta jumlah tontonan ini telah membuatkan ramai netizen sebak apabila melihat tangisannya. Kata lelaki ini, walaupun dah cuba untuk lupakan perasaan itu ia tetap gagal sebab sukar. Rasa rindu tak terhingga ini berpunca akibat mereka sudah lama tidak berhubung.

@pakcik1972

dah tak.mampu bertahan teramat rindu..

♬ Rembulan Malam – Decky Ryan

Anak dah block nombor

Menjengah ke ruangan komen, pakcik ini menceritakan bahawa mereka berpisah ketika dia tengah koma selama 53 hari pada tahun 2014 akibat masalah jantung.

Sejak dari itu, dia menyatakan bahawa dia dihalang daripada berjumpa dengan anak dan terputus hubungan. Malah, apabila anaknya itu sudah dewasa, mereka menyekat sendiri nombor pakcik ini.

Disamping itu, ramai netizen yang meminta agar anak kepada pakcik ini menghubunginya, takut kifarah nanti.

Bapa Rindu Anak Bapa Rindu Anak 2 Bapa Rindu Anak 3

Min dengar kata-kata dia terus berkaca mata min.

Baca : Setahun Terpisah Kerana PKP, Bapa Sedih Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir Sebelum Anaknya Meninggal Dunia

Cats 110

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.