Perletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang berkuatkuasa hari ini telah memberi kejutan kepada ramai pihak.
Rata-rata netizen nampaknya tidak begitu bersetuju dengan tindakan tersebut dan menyifatkan sepatutnya ‘menteri lain’ yang patut meletak jawatan dan bukannya Maszlee.
Disebabkan itu, satu petisyen telah diadakan untuk mendesak agar Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik ini terus dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan, lapor Astro AWANI.
Kekalkan YB Maszlee Menteri Pendidikan Malaysia!
Petisyen yang dibuat di website change.org ini sehingga setakat ini telah mendapat 276,678 daripada 300,000 tanda tangan. Padahal baru 17 jam, tak sampai sehari petisyen ni dibuat tau!
Dengan menggunakan hashtag #SupportMaszlee, netizen meninggalkan pelbagai komen membina buat bekas Menteri Pendidikan tersebut di ruang komen petisyen.
“Aku paling hargai usaha Dr Maszlee dalam memastikan anak-anak tanpa dokumen di Malaysia dapat pendidikan”
Perletakan jawatan Dr Maszlee juga telah mendapat respon hebat netizen di Twitter sehingga namanya menjadi trending nombor dua di Malaysia.
Netizen di Twitter juga sempat meninggalkan komen positif buat bekas menteri ini dan menyifatkan beliau telah memberi banyak sumbangan buat pendidikan negara.
Namun akibat kritikan melampau netizen dan pelbagai tekanan melibatkan isu UEC, jawi, kasut hitam dan lain-lain, menteri ini terpaksa meletak jawatan.
Apa-apapun keputusan dah dibuat. Kita doakanlah semoga YB Maszlee berjaya dalam apa jua bidang yang dia lakukan selepas ini.