Selama lebih tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bersetuju untuk berpisah cara baik dalam prosiding yang diadakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
Menurut Berita Harian, Nedim telah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam.
Selepas selesai prosiding, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia sangat mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini, malam ini.
“Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif. Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga.
“Saya harap tiada teori mengenai perpisahan kami. Ini kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak,” katanya.
Nedim, 41, walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perceraian tersebut.
Artikel berkaitan: Sudah Tidak Sebumbung Selama 3 Bulan, Nora Danish Mengaku Rumah Tangga Sedang Bermasalah
Artikel berkaitan: Nama Isteri ‘Dipetik’, Suami Nora Danish Bagi Amaran Keras Dekat Sarah Yasmine?
“Tiada yang berubah cuma dia bukan milikku di dalam Islam”
Pun begitu, Mohamad Nedim Mohamad Nazri yang juga dikenali sebagai Boss Ned ini ada memuat naik posting di Instagram meluahkan perasaannya berhubung isu itu.
Tiada yang berubah cuma dia bukan milikku di dalam Islam.
“Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali menjadi milikku. #NeNo #NedSatuSahaja,” tulisnya.
View this post on Instagram
Posting berkenaan telah menerima ratusan komen daripada rakan artis dan netizen yang tampil memberi sokongan buat Nedim supaya tabah dalam mengharungi fasa tersebut.
Kalau jodoh sudah sampai di situ saja… Kita doakan yang terbaik buat mereka ya.