Seperti yang kita tahu, peningkatan jumlah pesakit positif Covid-19 yang meningkat secara mendadak dalam negara kita membuatkan kerajaan terpaksa mengaktifkan lebih banyak pusat kuarantin untuk menampung jumlah pesakit.
Walaupun dikumpulkan di tempat yang boleh dikatakan agak asing bagi pesakit, tetapi bagi sesetengah individu, diorang tak rasa yang diorang ada dekat tempat asing sebab layanan oleh petugas-petugas barisan hadapan yang menjaga mereka di pusat kuarantin itu sangat baik dan ‘sporting’.
Baru-baru ini, viral satu video tentang pesakit Covid-19 yang tak nak balik walaupun dia sudah sembuh.
Tak nak balik, buat-buat tidur
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh pemilik akaun syafiqask semalam sehingga mendapat lebih 5 juta tontonan, korang boleh dengar suara frontliner bagi pengumuman kepada pesakit yang sudah sembuh untuk pulang ke rumah.
“Standby bila-bila masa saya akan panggil. Siapa lambat kena tinggal.”
@syafiq.ask Suh balik dia buat-buat tido pulak#quarantine #covid #covid19 #coronavirus #corona #fyp #foryou #foryoupage
Yang menghiburkan adalah bila pesakit tersebut buat-buat tidur selepas mendengar pengumuman untuk menghantar pulang pesakit selepas keadaan kesihatan mereka yang sudah sembuh dari Covid-19.
“Dia tak nak balik, dia buat-buat tidur.”
Terdengar aduan yang dijeritkan oleh salah seorang pesakit di situ, frontliner itu menjawab dengan gaya selamba.
“Balik-balik. Bagi orang lain pula masuk.”
Netizen terhibur
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pesakit yang tak nak balik itu. Siap ada yang cakap diorang ni macam pergi kem waktu zaman sekolah pula.
Sama-sama la kita doakan diorang cepat sembuh dan keadaan negara kita pulih macam biasa.
Sumber: syafiqask