in

“Ni pusat kuarantin ke Mini Genting?” – Polis Siasat Kes Viral Pesakit Berjudi Dalam Pusat Kuarantin Maeps

Judi2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial beberapa rakaman daripada Facebook group , We Are Malaysians menunjukkan beberapa orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS Serdang bermain daun terup bersertakan caption….


 

Ni pusat kuarantin ke Mini Genting?”

Dalam rakaman pertama, lelaki yang merakam itu menunjukkan keadaan disekeliling tempat pusat kuarantin tersebut dan menunjukkan kaunter pendaftaran. Menurut individu yang merakamnya, ia disifatkan sebagai cip tawar menawar di kasino.

“Ok, lihat di sini ini adalah dewan, haha ​​dan anda boleh menukar cip anda di sini.” 

 

Rakaman seterusnya menunjukkan video pesakit bermain kad di meja dan katil mereka, snek, biskut dan mi segera yang disediakan itu sebagai barang pertaruhan dan ganjaran kalau menang.

Video itu menunjukkan betapa meriahnya suasana di dalam pusat kuarantin tersebut dan mendapat sokongan netizen dengan menyifatkan ia sebagai satu langkah untuk memecahkan kesunyian mereka sewaktu berjauhan dengan orang yang tersayang.

Netizen

Ada juga yang mengecam dengan tindakan ini sehingga ia sampai ke pemerhatian pihak berkuasa.

 

Polis buka kertas inkuiri

Menerusi Sinar Harian, polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) berhubung tindakan segelintir pesakit Covid-19 yang melakukan perbuatan ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

“Kertas inkuiri telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS. Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuaian.”

Setakat artikel ini ditulis, video-video itu telah meraih 982 perkongsian di Facebook.

 

Baca : “Diberi makan 3 kali sehari” – Pengguna Media Sosial Ini Kongsi Pengalaman Jalani Kuarantin Di MAEPS, Serdang

Rentas

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.