in

“Dia bersungguh-sungguh menyatakan rasa rindu dan sayang pada saya” – Luahan Rindu Terakhir Isteri Sebelum ‘Pergi’

Langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka kata-kata yang diberikan kepada si suami itu merupakan satu ‘ucapan’ terakhir buatnya sebelum menimpa ajal akibat kemalangan.



Isteri kepada pemuda 29 tahun dari Pasir Mas, Kelantan,, Mohd Shaipul Rizam Muhamad terlibat dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas-Meranti, Kampung Pohon Buloh, pagi tadi.

 

Baru malam tadi kami bercakap melalui telefon, dia bersungguh-sungguh menyatakan rasa rindu dan sayang pada saya.”

Metro

Lapor Harian Metro, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi, mangsa Noriza Zakaria, 28, meninggal dunia akibat dirempuh Perodua Alza yang terbabas ketika mangsa sedang membeli daging di gerai di bahu jalan.

Malah, peniaga daging yang merupakan seorang lelaki warga emas pula dilaporkan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Mohd Shaipul menerima berita yang menduka citakannya itu selepas dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua bahawa isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Saya tidak dimaklumkan bahawa dia sudah meninggal dan menyangka ia hanya kemalangan biasa, namun luluh hati saya apabila sampai ke Hospital Pasir Mas (HPM) hanya sekujur tubuh tidak bernyawa yang saya lihat.”

 

Tak sangka perbualan kami malam tadi adalah panggilan terakhir isteri.”

Tambahnya lagi, sebelum isterinya ‘pergi’, isterinya itu agak manja kerana mereka berdua memang berjauhan kerana dia kerja di Kota Bharu. Namun, selalu akan pulang ke rumah 2 kali seminggu.

“Sejujurnya perit untuk saya menerima kenyataan ini selepas hampir sembilan tahun kami mendirikan rumah tangga bersama, bagaimanapun saya reda dan terus kuat demi dua anak kami berusia lapan dan dua tahun

Katanya lagi, dia risau dengan keadaan dua anaknya yang pasti pasti ibu mereka, terutamanya anaknya yang kedua yang tidak pernah berenggang dengan arwah isterinya itu.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Machang Gochoh.

 

Baca : “Baru seminggu nikah” – Tengah Majlis Sanding, Isteri Tiba-Tiba Rebah Depan Tetamu & Meninggal Dunia

Rebah

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.