Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun mengalami kecederaan di kepala dan tangan kerana disamun seorang lelaki yang tidak dikenali di kediamannya di Taman Temerloh Jaya, pada Khamis.
Menceritakan kejadian yang berlaku pada waktu petang, Robiah disapa suspek yang menunggang motosikal dan berhenti di hadapan rumahnya.
“Lelaki itu minta air dan saya pergi ke dapur. Dia pun ikut masuk sekali ke dalam rumah walaupun saya ada tegur jangan masuk tapi dia kata kenal saya.
“Selepas minum, secara tiba-tiba dia terus merentap gelang saya,” katanya.

Menurut Robiah, lelaki itu turut menyerangnya dengan menerajang dan menyepak pinggul sebelum menghentak kepalanya di mesin basuh.
“Ketika kejadian, saya menjerit dan merayu supaya tidak diapa-apakan kerana sedang puasa, namun lelaki itu tidak peduli sebelum keluar melarikan diri.
“Lelaki itu juga sempat merampas telefon bimbit milik cucu berusia lima tahun yang berada di ruang tamu,” katanya.

Artikel berkaitan: Tengah Jemur Kain Dalam Rumah, Wanita Terkejut Disamun Lelaki Bersenjata P*sau
Artikel berkaitan: “Sampai teropong” – Ramai Pelik Tengok Gambar Tok Kadi Pakai Kanta ‘Check’ Cincin, Rupanya Sebab…
Jelas Robiah, gelang yang dirampas lelaki itu hanyalah gelang tiruan dari Korea yang diberikan oleh besannya.
“Saya mengakui ini kecuaian sendiri kerana tidak kunci pagar sebab sebelum itu baru keluar beli santan,” katanya yang masih trauma.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Polis memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali.
Sumber: Sinar Harian
