in

“Sampai teropong” – Ramai Pelik Tengok Gambar Tok Kadi Pakai Kanta ‘Check’ Cincin, Rupanya Sebab…

Ft Kadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain berdebar nak lafaz akad, pengantin juga selalunya ‘cuak’ bila nak berdepan dengan Tok Kadi, betul tak? Sebab ada macam-macam jenis Tok Kadi ni. Ada yang serius, muka ketat, ada yang suka berseloroh, ada yang straight forward terus je nikahkan.


Tapi Tok kadi di Pulau Pinang seorang ni memang agak rare sebab apa yang dilakukannya sangat tidak disangka-sangka oleh pengantin dan tetamu.

 

Tok Kadi paling sempoi

Gambar majlis pernikahan dimuat naik oleh seorang jurugambar di Facebook mendapat perhatian dan menurutnya, sepanjang bertugas sebagai photographer perkahwinan, gelagat Tok Kadi yang ini memang mencuit hati.

Menurut Mohamad Firdaus, itulah kali pertama dia jumpa dengan Tok Kadi yang sangat sempoi dan paling menghiburkan apabila Tok Kadi tu siap keluarkan kanta pembesar untuk ‘check’ cincin emas yang dibawa oleh pengantin lelaki untuk bakal isterinya.

Sepanjang menjadi wedding photographer nii.. first time dpt tok kadi yang sempoii yakmat … Yang tak tahan wat keluar kanta pembesar check cincin emas …

Posted by Mohamad Firdaus on Friday, December 25, 2020

 

Rupanya sebab…

Melalui perkongsian seorang wanita bernama Siti Zulaikha di Facebook, dia telah menceritakan tujuan mengapa Tok Kadi tersebut berbuat sedemikian. Mengikut pengalaman kakaknya, dulu pernah ada insiden di mana pengantin menipu dan beri cincin tiruan.

Bukan itu saja, sebelum ini Tok Kadi yang juga rakan kepada arwah bapa Siti Zulaikha itu juga pernah suruh pengantin tunjukkan resit untuk buktikan bahawa emas yang dibawa itu tulen dan bukanlah tiruan.

Kak aku kata, masa zaman kak aku nak kahwin ada pengantin menipu bab-bab emas ni. Ada yang sanggup menipu bagi emas Bangkok la, bukan emas betui la.”

Kadi1

Macam macam hal haha!

Baca: “Sampai RM 1,500 sebulan” – Pelik Bil Elektrik Selalu Tinggi, Rupanya Bayar Sekali Untuk Jiran Selama 5 Tahun

Bilapi

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.