in

“Dia baru umur 8 tahun” – Kawan Sekolah Panggil Anak Gemuk, Norreen Beri Nasihat Kepada Ibu Bapa

Norreen Tegur Ibu Bapa Anak Judge Gemuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap pasal isu body shaming ini, kita selalu anggap mereka yang sudah dewasa saja yang akan berhadapan dengan masalah sebegini.


Tapi tak sangka pula, budak kecil yang masih di bangku sekolah pun boleh jadi mangsa body shaming dengan rakan-rakan di sekolah.

“Anak aku luahkan dia pernah dipanggil ‘GEMUK'”

Menerusi perkongsian pempengaruh Norreen di TikTok, dia telah menceritakan pengalaman anaknya pernah dipanggil gemuk oleh rakan di sekolah.

Dalam video itu, Norreen mengatakan anaknya tetap kelihatan cantik dalam apa jua keadaan walaupun dipanggil terlalu tinggi, mempunyai kaki besar dan tubuh badan yang gemuk.

Snapinsta.app 358123102 18371292817012443 7430013780004139909 N 1080
Norrreen dan anak

Namun bila ditanya ada tak orang di sekolah memanggil anaknya gemuk, Norreen terkedu dengan jawapan anaknya Ellen yang memberitahu dia pernah dipanggil gemuk.

Ellen tanya kawan, dia cakap ‘eh gemuknya’. Ellen cakap dengan dia, saya mana ada gemuk. Saya kurus. Mak saya cakap saya kurus. Kalau awak cakap saya gemuk, nanti mak saya marah,” katanya.

Individu yang mengutuk anaknya kemudian terdiam apabila menerima jawapan dari budak itu. Ellen juga berkata, dia tidak kisah jika dipanggil gemuk dan sebagainya, yang penting dia happy.

https://www.tiktok.com/@norreen143_/video/7313544449789807880?_r=1&_t=8iImYW6kcOg

Menerusi ruang kapsyen, Norreen sempat menegur ibu bapa untuk mengajar anak masing-masing supaya tidak mudah menghakimi orang lain berdasarkan paras rupa dan saiz badan.

Dia juga mengakui menahan air mata dari menangis kerana sedih dengan apa yang menimpa anaknya itu.

“Dia baru berumur 8 tahun. Dan Alhamdulillah, dia berjaya untuk lawan para bakal pembuli ini di sekolahnya yanng memanggil dia sebegitu (gemuk). Sebab saya selalu ingatkan dia yang kita sebenarnya cantik dengan cara kita tersendiri. 

“Dia masih kecil, yes dia berisi comel-comel manja but takpelah. Nanti dia dah besar sikit, dah getting busier at school, tau la dia nak melawo.

“Kepada ibu bapa di luar sana, ajarlah anak kita untuk tidak judge orang based on rupa ke body size. Teach our kids to appreciate ourselves and be kind to everyone. Always be confident dengan diri sendiri. Itu penting.

Aku menahan air mata aku. Alasan cakap langsir berhabuk. Because i dont want to be seen crying in front of her. IM SO PROUD OF ELLEN. Mommy so proud of you. I love you Ellen,” katanya.

Video berkenaan mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memuji cara Norreen mendidik anaknya dan berharap para ibu bapa dapat mengambil posting ini sebagai iktibar dalam mengajar anak-anak untuk tidak memerli orang lain kerana paras rupa.

Good job Ellen! Abaikan je kata-kata kawan yang macam tu. 

Sumber: TikTok 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.