in

Di Sebalik Telatah Ceria, Wartawan Cilik Ini Rupanya Menghidap Penyakit Thalassemia

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Muhammad Haziq Mohd Asyraf atau lebih dikenali sebagai wartawan cilik dari Bukit Selabau semakin melonjak naik selepas rakamannya ‘melaporkan’ ular sawa di bawah kawasan longkang tular di laman sosial.


Tidak cukup dengan itu, wartawan cilik ini juga diberi peluang untuk membuat liputan berita melalui siaran Astro Awani baru-baru ini. Popularitinya semakin melonjak naik apabila dia

Namun, di sebalik telatahnya yang sentiasa ceria dan tidak lokek dengan senyuman, pasti ramai yang tidak tahu adik Haziq sebenarnya menghidap penyakit Thalassemia sejak berusia 5 tahun.

@buletintv3

TULAR | Realiti Di Sebalik Kepetahan Si Cilik Haziq #BeritaDiTiktok #buletintv3 #buletinutama #TrendingNewsMalaysia#WartawanCilik #Tular

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Untuk yang tidak tahu, thalassemia merupakan penyakit keturunan yang menjadi punca kepada pembentukan sel darah merah yang tidak normal. Penyakit ini biasanya menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti.

Dikongsi oleh Tiktok Bulentin TV3, adik Haziq dikatakan telah pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim bersama bapanya baru-baru ini untuk bertemu pakar bagi tujuan khatan. Dia juga perlu melakukan pemeriksaan secara berkala untuk memantau kesihatannya.

Walaupun dia mempunyai perwatakan yang ceria dan kuat bercerita, Haziq juga dikatakan akan berdiam diri di sekolah sekiranya kesihatannya terganggu.

Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk adik Haziq ceria berceloteh menceritakan minatnya untuk menjadi seorang tukang masak satu hari nanti. Satu yang ditanya, sepuluh yang dijawabnya!

Petah bercerita, tapi bercita-cita nak jadi chef

Seawal usia 12 tahun, adik Haziq bukan saja fasih berbahasa secara spontan, malah dia juga mempunyai bakat memasak pelbagai jenis kek dan kuih muih tradisional seperti bahulu.

Malah, dia sering membawa kek air tangannya ke sekolah untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan guru di sekolah. Alahai, kecik-kecik dah suka berkongsi rezeki.

Masak232 1643124378

Memupuk minat wartawan cilik itu dari usia muda, ibu bapa Haziq turut menyokong minat anak mereka dengan menyediakan peralatan yang diperlukannya untuk memasak. Malah, aktiviti itu turut dikongsi melalui laman Facebook ibunya.

Tersembunyi di sebalik senyum manis dia, siapa boleh sangka ada benda yang dipendam. Semoga adik Haziq sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria.

Baca: [VIDEO] Lepas Liputan Ular Sawa, Wartawan Cilik Kini Dapat Offer ‘Kerja’ Dengan Jab. Penerangan Pula!

Cc

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.