in

[VIDEO] Lepas Liputan Ular Sawa, Wartawan Cilik Kini Dapat Offer ‘Kerja’ Dengan Jab. Penerangan Pula!

Fi Haziq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki adik Mohd Haziq Bin Mohd Asyraf ni, dalam masa sekelip mata je videonya membuat liputan tentang ular sawa baru-baru ini naik secara mendadak.


Bukan setakat banyak ditemu bual wartawan TV, kini wartawan cilik adik Haziq katanya dapat banyak job dah…

Semalam, satu perkongsian daripada Buletin TV3 tentang adik Haziq ni dibawa pusing-pusing kampung naik van bersama Jabatan Penerangan telah mencuri perhatian para netizen!

@buletintv3

Besar bakat adik Haziq! Selepas viral sebagai ‘wartawan cilik’, kini jadi ‘announcer’ pula. #MuhammadHaziq #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Siapa sangka, bakat besar si cilik ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah media TV3 dan pihak Jabatan Penerangan. Menurut video tersebut, adik Haziq dibawa menaiki van Jabatan Penerangan untuk menjadi announcer keliling kawasan Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Dikatakan, pihak Jabatan Penerangan Malaysia di bawah program Info On Wheels menjadikan adik Haziq sebagai announcer yang bertujuan memberi mesej-mesej kerajaan kepada rakyat.

Difahamkan pengumuman dan mesej yang disampaikan oleh adik Haziq ini berkaitan dengan program suntikan dos penggalak kepada orang ramai.

Di ruangan komen, orang ramai memuji dan bangga dengan pencapaian adik Haziq ini sehingga diberi peluang menjadi announcer di bawah Jabatan Penerangan Malaysia. Pujian yang diberi kebanyakannya mengatakan sebutan dan intonasi ayat yang disampaikan olehnya sangat jelas.

Komen Haziq 6

Pun begitu, ramai juga berharap dan mendoakan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap bakat besarnya itu.

Komen Haziq 7

Apa-apapun min doakan yang terbaik untuk adik Haziq, bakat dah ada mesti masa depan pun cerah!

Baca: “Aduh letih”- [VIDEO] Ramai Terhibur Tengok Budak Petah Buat Liputan Jumpa Ular Sawa Dalam Longkang

Baca Haziq

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.