in

“Di antara kami, dia paling sehat” – Tak Pernah Ada Sejarah Penyakit Serius, Ramai Simpati Dengan BCL & Noah

Ashraf Bcl Noah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Ashraf Sinclair, 40, mengejutkan ramai terutamanya rakan artis dari Indonesia dan Malaysia. Menurut laporan, suami penyanyi terkenal Bunga Citra Lestari ini meninggal ketika dalam tidur akibat serangan jantung sekitar jam 3 pagi waktu Malaysia.


Instagram Ashraf dibanjiri komen-komen dari ramai rakan artis dari dua negara serta para peminatnya. Rakan-rakan pada mulanya menyangka ianya adalah berita palsu dan terkejut selepas mendapat tahu berita kematiannya sahih.

View this post on Instagram

Manhatten steam

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

 

Kematian mengejut, selama ini tak pernah ada penyakit

Ramai orang sememangnya terkejut dan terkesan dengan pemergiannya apatah lagi selama hayatnya Ashraf dilihat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Menurut pengurus BCL bernama Doddy, seperti yang diketahui keluarga selama ini Ashraf tidak mempunyai sejarah penyakit serius.

Enggak ada (sejarah penyakit). Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat.”

 

Tak dapat bayang perasaan BCL

Viral di media sosial klip video menunjukkan BCL ketika menjadi juri pertandingan nyanyian Indonesian Idol malam semalam. Ketika rancangan itu, BCL sempat menyanyikan lagu Soulmate dan netizen tersentuh serta tidak dapat membayangkan perasaannya sebaik mendapat tahu tentang berita sedih ini.

View this post on Instagram

Get your New Years on! #happynewyear2020

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

 

Trending di Twitter, netizen sedih teringat Noah

Pemergian Ashraf Sinclair membuatkan namanya trending di Twitter bersama dengan beberapa yang lain seperti anaknya, Noah, Gol & Gincu serta Al Fatihah.

Selain bersimpati dengan BCL, netizen turut berduka cita dan bersedih mengingatkan anak pasangan itu, Noah yang berusia 10 tahun. Semua tahu betapa rapatnya hubungan Noah dan Ashraf membuatkan mereka mendoakan agar keluarga ini diberikan kekuatan.

View this post on Instagram

Should I…? #centralpark

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Takziah untuk seluruh keluarga arwah…

Baca: “Beruntung u Ash, pergi dalam tidur” – Selebriti Malaysia Banjiri Post Terakhir Ashraf Sinclair Dengan Ucapan & Doa

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.