in

Detik Terharu Kanak-Kanak Gelandangan Ditemukan Semula Dengan Wanita Yang Merubah Hidupnya

Pic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada satu malam, pelajar teknologi perubatan Joyce Gilos Torrefranca bersama rakan kolej beliau keluar untuk membeli makanan di restoran makanan segera McDonald’s di Cebu, Filipina. Ketika di restoran itu, Joyce terlihat sesuatu yang memberikannya inspirasi.


J
sumber: facebook

“Saya nampak seorang kanak-kanak sedang belajar,” kata Joyce

Joyce terlihat seorang kanak-kanak duduk di kaki lima dan sedang mengulangkaji pelajaran menggunakan lampu kecil dari restoran itu.

Apa yang memberikannya inspirasi adalah kesungguhan kanak-kanak itu untuk belajar dan bukannya menggunakan alasan kemiskinan untuk tidak melakukan sedemikian.

“Saya kasihan dengan kanak-kanak itu,” kata Joyce kepada kawannya

Menurut Joyce, rakannya yang memberikannya cadangan supaya mengambil gambar kanak-kanak gelandangan itu yang bernama Daniel Cabrera. Joyce kemudian memuat naik status bersama-sama dengan gambar itu di Facebook.

“Saya mendapat inspirasi daripada seorang kanak-kanak.” Itulah ayat yang dimuat naik bersama gambar tersebut.

I got inspired by a kid ❤️

Posted by Joyce Torrefranca on Tuesday, June 23, 2015

Status itu kemudian menjadi viral bukan sahaja di Filipina tetapi turut mendapat perhatian media antarabangsa!

Saya tidak sangka bahawa hanya dengan gambar, perubahan besar boleh berlaku. Terima kasih kepada yang turut kongsikan gambar itu. Dengan itu, kita akan dapat membantu Daniel untuk mencapai impiannya.”

– Joyce

Page 6

Ternyata tindakan Joyce untuk mengambil gambar serta memuat naik di Facebook adalah sesuatu yang memberikan faedah serta dapat merubah hidup Daniel.

Semenjak itu, Daniel menerima bantuan daripada orang ramai di seluruh dunia termasuklah McDonald’s yang menawarkan kanak-kanak itu elaun untuknya sehingga sekolah menengah. Masih ramai yang mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri. 

K3 1
sumber: people

Menurut ibu Daniel, Aling Cristina anaknya itu sememangnya sentiasa bersemangat untuk ke sekolah dan mempunyai cita-cita menjadi pegawai polis suatu hari nanti.

“Dia mahu membantu keluarganya. Disebabkan itulah Daniel mahu tamatkan persekolahannya. Dia tidak kisah jika perlu berjalan kaki untuk ke sekolah meskipun jauh. 

“Pada jam 7 petang, dia akan meminta izin untuk belajar di tempat yang sama setiap hari iaitu di tepi restoran McDonald’s untuk menggunakan lampu di situ.” katanya.

K4 1
sumber: people

Saya kata padanya bahawa kami miskin dan bapanya sudah tiada. Namun kita akan bertahan dan teruskan kehidupan.”

– Aling

Setahun berlalu, kini Daniel berada di tahun ketiga sekolah rendah dan menjadi antara 10 yang terbaik dalam kelasnya. Joyce pula telah menamatkan pengajiannya di Cebu Doctor’s University.

Sebuah agensi pengiklanan terkenal, Leo Burnett Manila membuat satu filem pendek bertajuk “Boy Who Loves to Study” yang merakamkan penemuan semula Daniel bersama Joyce setelah setahun berlalu.

A2 1

Daniel bersama ibunya mahu berjumpa Joyce untuk berterima kasih kepadanya di atas apa yang dilakukan. Meskipun Joyce sendiri tidak menyangka tindakan itu telah merubah hidup Daniel, namun dia berharap kisah kanak-kanak itu akan terus memberikan inspirasi kepada semua.

“Saya harap kisah Daniel akan terus menyentuh hati kita semua supaya kita akan sentiasa mendapat inspirasi dan motivasi untuk menghadapi setiap situasi dalam hidup.” kata Joyce

Tonton filem pendek yang menyentuh hati itu di bawah ini:

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.