Bila berlaku sesuatu tragedi lebih-lebih lagi tragedi yang dahsyat, mesti akan ada gambar-gambar yang diambil dan dimuatnaik di media sosial atau pun ketika kita membaca berita.
Walaupun gambar-gambar tersebut mengerikan, gambar yang diambil sebelum sesuatu tragedi berlaku lebih menyedihkan dan menghantui ini kerana orang-orang yang terlibat dalam tragedi tersebut tak tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka.
Jadi, dekat bawah ni adalah himpunan gambar-gambar yang sempat diambil sebelum sesuatu tragedi berlaku.
1. 9/11
Gambar dekat atas ni menunjukkan trak yang membawa enam anggota bomba berani dari Ladder Company melalui Jambatan Brooklyn menuju ke tempat berlakunya tragedi yang paling diingati dalam sejarah Amerika.
Enam anggota bomba ini kali terakhir dilihat menaiki tangga di dalam Hotel Marriot berhampiran Pusat Perdagangan Dunia untuk mencari orang-orang yang terselamat dalam serangan 11 September ini.
Kurang satu jam selepas itu, Menara Selatan jatuh sekaligus meruntuhkan Hotel Marriot setinggi 22 tingkat dan meragut nyawa enam hero ini.
2. Belon udara panas
Beberapa saat sebelum satu belon udara panas telah melanggar talian kuasa di Caterton, New Zealond dan meragut nyawa 11 orang.
3. MH17
Gambar ibu dan anak yang diambil oleh bapanya selepas menaiki pesawat MH17 sebelum ia ditembak jatuh oleh Ukraine dan menyebabkan kematian kesemua penumpang dan krew.
4. Buud Dwyer
Detik-detik terakhir sebelum Budd Dwyer membunuh dirinya sendiri ketika siaran langsung di televisyen.
5. John Lennon
John Lennon memberikan tandatangannya kepada Mark David Chapman beberapa jam sebelum ditembak oleh peminatnya ini.
Artikel berkaitan: “Sempat minta autograf sebelum bunuh” – Cerita Penuh Kematian John Lennon Ditembak Peminat Sendiri
6. Challenger
Krew kapal angkasa Challenger dalam perjalanan untuk menaiki kapal angkasa pada 28 Januari 1986.
Kapal angkasa Challenger telah pecah 73 saat selepas berlepas sekaligus membunuh kesemua tujuh anak kapal ini. Kapal angkasa itu hancur 46,000 kaki di atas Lautan Atlantik, di luar pantai Cape Canaveral, Florida, pada 11:39 pagi. Ia merupakan kemalangan maut pertama yang melibatkan kapal angkasa Amerika semasa dalam penerbangan.
7. George Mallory dan Sandy Irvine
George Mallory dan Sandy Irvine di tapak perkhemahan Gunung Everest. Kedua-dua mereka meninggal dunia ketika membuat pengembaraan mendaki gunung tertinggi dunia ini.
8. Robert Overacker
Robert Overacker ketika ini cuba untuk memberi penyedaran kepada gelandangan dengan menaiki ski jet di Niagara Falls sebelum menggunakan payung terjun untuk turun ke bawah. Malangnya, payung terjun tersebut tak dapat dibuka sekaligus meragut nyawanya.
9. Princess Diana
Princess Diana, pengawal peribadinya Trevor Rees-Jones dan pemandunya Driver Henri Paul tak lama sebelum kemalangan yang meragut nyawa berlaku.
10. James Dean
James Dean dan Porsche Spider miliknya di stesen gas beberapa jam sebelum terlibat dalam kemalangan.
Artikel berkaitan: Dari Marilyn Monroe Ke James Dean, Ini 4 Kematian Selebriti Klasik Yang Mengejutkan Hollywood
11. Tragedi Pesawat Jepun 123
Salah satu kemalangan udara paling dahsyat dalam sejarah berlaku pada 12 Ogos 1985 apabila Boeing 747 ini dalam perjalanan dari Tokyo ke Osaka mengalami letupan ketika penerbangan. Gambar ini diambil sebelum ia terhempas ke Gunung Takamagahara dan meragut nyawa 15 anak kapal dan 505 dari 509 penumpang.
12. Paderi Brazil
Paderi Brazil, Adelir Antonia de Carli telah memulakan pengembaraannya untuk mencipta rekod dunia dengan terbang bersama 600 belon helium selama 19 jam. Namun begitu, paderi ini tak kelihatan selepas berlepas. Terdapat beberapa spekulasi mengatakan bahawa dia mungkin terselamat namun begitu serpihan mayatnya telah ditemui dihanyutkan ke pantai dua bulan kemudian.
13. Tupac Shakur
Gambar ini diambil ketika Tupac Shakur keluar selepas menyaksikan perlawanan gusti Mike Tyson selepas berlakunya pergaduan di lobu MGM Grand. Ini merupakan gambar terakhir Tupac sebelum dia ditembak mati di Las Vegas pada 7 September 1996.
14. Bom meletup
Gambar ini diambil beberapa saat sebelum kereta merah tersebut meletup dan meragut nyawa 29 orang di sana termasuk jurugambar ini. Kamera ditemui kemudian di dalam runtuhan. Kedua-dua bapa dan anak dalam gambar ini terselamat.
15. Air France Flight 4590
Pesawat ini dijadualkan untuk membuat penerbangan dari Paris, ke New York pada 25 Julai 2000. Ketika berlepas, pesawat ini telah terlanggar serpihan di landasan yang menyebabkan tayar pesawat pancit sekaligus mengakibatkan tangki bahan api menyala.
Pesawat ini telah terhempas ke hotel berhampiran dan tragedi ini telah meragut nyawa kesemua 109 penumpang dan krew.
16. Keith Sapsford
Pada 20 Februari 1970, seorang remaja Australia berusia 14 tahun, Keith Sapsford telah masuk ke dalam lapangan terbang Sydney dan menyembunyikan dirinya di dalam tayar pesawat yang bakal membuat penerbangan ke Jepun.
Keith melihat tindakannya ini sebagai satu pengembaraan yang mencabar. Namun begitu, tak lama selepas penerbangan ini berlepas, Keith telah terjatuh setinggi 200 kaki.
Momen tragik ini telah ditangkap secara tak sengaja oleh seorang jurugambar amatur, John Gilpin ketika dia sedang mencuba lens kamera barunya di lapangan terbang dan mengambil gambar ini sebelum tragedi tersebut berlaku.
17. Tragedi Pesawat Uruguay 571
Ini merupakan gambar terakhir yang diambil di dalam Pesawat Uruguay 571, sebelum ia terhempas di Ander pada 13 Oktober 1972. Seramai 45 penumpang, 27 dari mereka telah terselamat ketika pesawat tersebut terhempas.
Namun begitu, ekoran keadaan cuaca dan tempat kapal terbang terhempas, penumpang ini terpaksa menjadi kanibal dan makan beberapa orang sehinggakan dari 27 orang yang terselamat, hanya 16 yang sempat diselamatkan dan dihantar pulang ke rumah selepas 72 hari.
Sumber: History Defined