Kecekapan anggota bomba berjaya menggagalkan cubaan nekad seorang lelaki warga asing yang dipercayai cuba terjun dari aras tinggi di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Midah, Cheras, petang tadi.
Dalam kejadian yang mencemaskan itu, mangsa yang merupakan seorang lelaki warga Kemboja dilaporkan berada di luar koridor lobi ruang pejalan kaki stesen berkenaan, sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di lokasi.
Artikel berkaitan: “Zero empathy” – Tak Beri Tempat Duduk Kepada Individu Bertongkat, Netizen Persoal Sikap Penumpang MRT
Artikel berkaitan: Abang Bomba Dipuji Bantu Bantu Pemandu Terbabas Akibat Lemah, Siap Bawakan Ke Hospital
SEMENTARA itu tindakan nekad seorang lelaki yang cuba terjun dari platform Stesen MRT Taman Midah di Cheras, berjaya dipatahkan oleh aksi profesional dan luar biasa anggota anggota Bomba Persekutuan Malaysia pada petang ini pic.twitter.com/zanUtK21Rw
— Legendkiddo (@mohd_escobar) March 3, 2026
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 3.45 petang.
“Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota bersama jentera dari BBP Jalan Hang Tuah segera dikejarkan ke lokasi kejadian dengan bantuan tambahan daripada BBP Bandar Tun Razak bagi operasi menyelamat,” katanya.
Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat segera membuat penilaian risiko dan mengutamakan aspek keselamatan bagi memastikan situasi tidak bertambah buruk. Dengan kepakaran yang ada, anggota bomba berjaya memujuk mangsa dengan tenang sebelum membawanya turun ke kawasan selamat.
Operasi menyelamat tersebut berakhir dengan jayanya tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut serta siasatan mengenai punca kejadian.
Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya setelah pihak bomba mengesahkan keadaan di lokasi kembali terkawal dan selamat untuk pengguna MRT yang lain.
