in

“Depression kot”- Pelajar PT3 Nekad Gantung Diri Lepas Dimarah Kakak Sebab Ponteng Sekolah

Featured 18

Berada dalam keadaan marah, tertekan, sakit hati dan sebagainya memungkinkan seseorang untuk bertindak di luar norma.

Malah sampai ke tahap menyakitkan diri sendiri, orang lain atau lebih teruk lagi membunuh diri.

 

Remaja bunuh diri lepas kena marah dengan kakak sebab ponteng sekolah?

Seperti yang berlaku di Sabah apabila seorang remaja lelaki ditemui mati di dalam biliknya dalam kejadian yang berlaku di Lo Chung Park, Beaufort.

Punca kejadian? Agak mengejutkan apabila, remaja tersebut dikatakan menggantung diri beberapa jam selepas dia dimarahi kakaknya kerana ponteng sekolah, lapor The Star.

The Bedroom Hang Rope Emel Pic 080719 1
Sumber : free malaysia today

Menceritakan mengenai kronologi kes, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata pada hari kejadian, ibu remaja lelaki itu iaitu Andrew Fong, 15 tahun keluar bekerja pada 6.40 pagi manakala adik bongsu mangsa pula ke sekolah.

Mangsa tinggal di rumah bersama kakak sulungnya yang kemudian keluar bekerja. Apabila adiknya pulang ke rumah sekitar jam 1.30 petang, dia mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dalam bilik.”- Ketua Polis Daerah Beaufort

Katanya, adik bongsu mangsa kemudiannya terus menanggalkan tali di leher mangsa sebelum menghubungi ibu mereka.

Siasatan awal mendapat mendapati kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa kecewa dimarahi oleh kakaknya.

Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1.50 petang, Isnin, 8 Julai.

Polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2.05 petang dan mendapati mayat mangsa telah diletak di ruang tamu. Sebuah ambulan juga berada di lokasi. Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat menggantung diri.”

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

 

Haish macam-macam sekarang ni.

Baca : Saya Raja Malaysia Comel Sangat! Rihana Petra Kongsi Bibit-Bibit Perkenalan Dengan Sultan Kelantan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

Petra