Orang-orang pervert ini memang ada kat mana-mana, kadang-kadang kat tempat awam pun boleh jadi, kita sendiri dapat dengar dan menyaksikan ramai wanita menjadi mangsa gangguan seksual di tempat terbuka seperti di dalam tren. Terbaru ini, berlaku di depan mata @maksu.__ ketika dia sedang berada di sebuah restoran
Pelanggan paksa pekerja selfie bersama
Ketika dia sedang menikmati hidangan dan pemandangan yang menarik, dia membuat keputusan untuk merakam dirinya, perhatiannya tiba-tiba tertumpu ke arah pelanggan yang berada di sebelahnya.
Dia menyaksikan pelayan restoran wanita dipaksa tangkap gambar bersama pelanggan yang merupakan seorang lelaki tua.
Menurutnya lagi, selepas rakaman itu dimatikan, lelaki tua tersebut bertindak menyentuh bahu pekerja restoran tersebut.
Katanya, pada mula insiden berlaku, dia tidak ambil kisah kerana anggap bahawa mungkin mereka berdua saling mengenali, tetapi rasa curiga makin menjadi-jadi apabila melihat reaksi pekerja itu yang memberi petunjuk rasa kurang selesa.
“Dia cakap ‘sekali lah’ dia ajak I, I ingat mula-mula dia kenal laki tu tapi rupa-rupanya lelaki tua itu gatal.“
@kaksuemeow
Mengulas lanjut peristiwa itu, wanita ini menjelaskan pada mulanya dia lihat pekerja wanita itu bantu lelaki tua tersebut untuk tangkap gambar sebelum tindakannya makin meleret.
“Nak dijadikan cerita, pakcik tu nak selfie dengan pelayan tu, aku dah rasa lain macam dan aku buat-buat tak nampak sebab pakcik tu tak apa-apa kan dia dan aku takut mungkin pakcik itu orang yang dia betul-betul kenal, pakcik dia ke, bapa dia punya kawan ke, jadi aku biar je lah.”
Bagaimanapun, wanita ini menjelaskan bahawa di peka dengan situasi yang terjadi, tapi dia dah mula rasa sangsi ketika dia diajak swafoto bersama, pekerja yang rasa tak selesa juga turut ajak bersama dan dia mula rasakan bahawa pekerja tersebut memerlukan bantuan.
Apabila lelaki tersebut mula menggunakan ‘fizikal’, wanita ini terus lantang mengambil tindakan pantas bagi melindungi pekerja malang tersebut.
“Selepas aku tutup kamera, pakcik tu dah mula pegang-pegang bahu perempuan tu tau, dan aku cakap macam ni.”
“Eh kau tolong tangkap gambar aku ni.
“Eh dia nak ke tangkap gambar?”
“Jomlah, jomlah tangkap gambar.”
“Kalau dia nak saya tangkap sebab dia nampak tak selesa, lepas tu baru nampak macam dia diam kejap dan dia macam fikir balik apa yang dia dah buat, lepas tu dia kata ok ok sorry.”
Wanita ini turut menegaskan bahawa pekerja tersebut sepatutnya manjalankan tugas hidangkan makanan bukannya melayan perangai pelik sebegini.
@kaksuemeow Replying to @FaaiihaLZXN
Menjengah ke ruagan komen, ramai yang memuji tindakan berani wanita tersebut malah ada juga yang kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama sampaikan jadi trauma untuk bekerja sebagai waitress.
Kadang-kadang min tak tahu apa lah yang ada dalam otak orang-orang miang ni sampai tak tahu malu depan orang, dah ancam orang.
Baca : “Jangan miang sangat boleh?” – Wanita Luah Sikap Rakan Sekerja Cuba ‘Menggatal’ Siap Nak Ikut Balik