in

“Dengar suara malaikat sebelum bunuh anak” – Kes Bayi Dilumur Garam & Dibunuh Bapa, Ada Kaitan Dengan Ajaran Sesat?

Feat 1

Semalam, seorang bayi lelaki berusia 8 bulan ditemui mati dengan badannya dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.

Mayat Wan Mohamad Afiq Wan Roslan ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Bachok dan menurut laporan, bapa mangsa dikatakan mengalami masalah gangguan mental.

Bunuh3

 

Ada kaitan dengan ajaran sesat?

Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mam, polis tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan suspek pagi semalam mempunyai kaitan dengan ajaran sesat, lapor Harian Metro.

Katanya, ia berdasarkan cara bayi lelaki itu dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta suspek yang mengalami halusinasi. Difahamkan, suspek berusia 40 tahun itu masih tidak mahu bercakap untuk diambil keterangan sebaliknya hanya berzikir. Dia turut mendakwa terdengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.

Bunuh2

“Selain bapa mangsa, polis turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.”

“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif.”

 

Tunggu laporan kimia

Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut dan menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.

“Berdasarkan laporan bedah siasat yang baru selesai jam 5 pagi tadi, punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaa di kepala disebabkan hentakan.”

“Kecederaan itu berkemungkinan bayi itu jatuh atau dipukul dengan objek tertentu.”

Menurut Awani, isteri suspek juga turut mengalami lebam di bahagian badan dipercayai akibat didera dan telah diberikan rawatan lanjut di Pusat Kesihatan Bachok.

Baca: “Mangsa dilumur garam, disorok dalam guni” – Bapa Disyaki Bunuh Anak Sendiri Berumur Lapan Bulan

Aa 11

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook