in

Dendam Masa Kecil! Kisah Jason Vokuvich, Lelaki Yang Hukum Penjenayah ‘Pedophiles’ Guna Undang-undang Sendiri

Ft Image Jv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini mengenai kisah Jason Vokuvich, seorang banduan yang menjadi ‘hakim’ kepada jenayah pedophiles.


 

Trauma sejak kecil 

Tidak seperti kanak-kanak lain, hidup Jason Vokuvich sangat menderita. Dia tidak pernah mengenali bapa kandungnya namun pada umur 4 tahun dia telah diambil untuk menjadi anak angkat oleh bapa tirinya.

Namun ia tidak berakhir dengan bahagia, kerana itu merupakan permulaan derita baginya.

Vokuvich bukan sahaja didera oleh bapa tirinya, malah turut mencabulnya. 

Menurutnya, kedua ibu dan bapanya adalah penganut Kristian yang “alim”, kerana mereka pergi ke gereja sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu untuk melakukan kerja-kerja amal.

Jadi bayangkan ketakukan dan kekeliruan yang saya alami apabila lelaki yang mengambil saya sebagai anak angkat, menggunakan tu waktu berdoa di waktu malam untuk mencabul saya. Dia juga turut memukul saya- Jason Vokuvich 

Vokuvich mengelarkan bapanya sebagai Larry Lee Fulton. Rekod mahkamah juga menyatakan Vokuvich juga mempunyai kes didera dan dicabul oleh bapanya. Berdasarkan rekod itu, bapanya didakwa atas tuduhan mendera.

Walaupun bapanya didapati bersalah namun dia tidak pernah dipenjarakan kerana hanya menerima hukuman penggantungan tiga tahun

Macam mana bapa sanggup buat macam tu!

 

Jvvvvv

Pernah berharap ada ‘hero’ selamatkan dia dari dicabul

Selepas hukuman terhadapnya, mereka kemudian ke  Wasilla dan dekat situ dia homeschooled. Tapi walaupun lepas kes tu, Vokuvich tak pernah terima sebarang kaunseling, dan tak ada siapa pun check keadaaan dia.

Masa kecil dulu dia sampai pernah terfikir kalaulah ada lelaki bertatu, masuk rumah dia dan pukul orang yang cabul dia tu, dia akan rasa happy sangat. Sebab masa tu tak ada siapa pon kisah pasal dia.

Mungkin sebab tu bila besar dia cuba nak jadi ‘lelaki bertatu’ tu

Akibat tak tahan kena dera, abang dia Joel Fulton pun larikan diri. Tindakan tu menyelamatkan dia sebab sekarang dia dah ada Phd dan kerja sebagai cybersecurity dekat California.

Lepas daripada tu dia pula larikan diri ke Washington masa umur 16 tahun dengan tak bawa apa-apa dokumen pengenalan diri pun.

 

Permulaan Jenayah

Sebabkan nak survive Vorkuvich mula mencuri, target dia dekat gim sebab dia tau orang tinggal wallet macam tu je. Mulai saat tu dia jadi pencuri.

Tapi masa 5 bulan awal dia dekat Washington, Vorkuvich kena tahan dengan polis. Lepas dibebaskan, dia ditahan semula 9 bulan lepas tu. Dia terpaksa mencuri sebab dia takut nanti kalau dia tak ada duit dan jadi gelandangan, dia akan dibawa ke pusat perlindungan.

Kalau dia masuk pusat perlindungan, parents dia akan dihubungi dan dia kena balik Alaska. Dia tak nak la kena macam tu. 

 

Malah dia berasakan menjadi pencuri dan penipu ini sesuai dengan dirinya yang dirasakan tak berguna dan seorang buangan.

Lepas daripada tu dia ada je ikut kerja constructions, tapi bila dia diberhentikan, dia mula mencuri lagi.

Dia punya kes ni merata, ada Washington, Oregon, Idaho, Montana sampailah ke California. Tapi dalam 10 tahun lepas dia balik semula ke Alaska.

Dekat Alaska dia hadapi banyak lagi tuduhan antaranya mencuri, memiliki barang terkawal dan pukul isteri dia.

Tapi dia deny tuduhan memukul isteri dia, dia just cakap, dia dan isterinya mungkin ada lah wrestling match sikit.

Jvvvvvvvvvvv

Pertuduhan Jason Vokuvich

Peguam Vokuvich, Ember Tilton dakwa lelaki ini sepatutnya diberikan pertolongan dan dorongan dalam jangka masa panjang berbanding hukuman. Tilton pun percaya yang perlu dapatkan rawatan berkaitan post-traumatic stress disorder dan perlu sertai program untuk pesalah jenayah.

Saya tak rasa dia perlu dihukum. Dia dah pun dihukum. Semua perkara ni pun dah macam ‘hukuman’ kepada seorang kanak-kanak yang tak patut dilayan macam tu. Bila seseorang tak ada permulaan yang  baik, dia tidak tahu cara untuk berlakuan dengan baik. Vokuvich tak berkelakuan dengan baik, tapi dia perlu bantuan Ember Tilton

Menurutnya lagi, cycle ni akan terus berulang dalam masyarakat kalau tiada tindakan diambil. Bukan sahaja untuk Vokuvich, tapi untuk orang lain juga.

 

Vokuvich ‘hukum’ pedophiles dengan undang-undangnya sendiri

Vokuvich menghadapi 3 pertuduhan lagi apabila dia menyerang penjenayah dalam tempoh masa 5 hari selepas dia pecah masuk rumah diorang.

Vokuvich pecah masuk, pukul, dan ada tumbuk diorang.

Dia tahu pasal penjenayah ni bila dia search senarai nama dekat Alaska’s sex offender registry. Dekat sini detail pasal alamat rumah, alamat kerja, dan pengakuan diorang semua ada.

Dia pun ada dengar pasal diorang ni masa dalam jail dulu. Dia tak kenal pon diorang ni, tapi dia rasa dia kena jumpa diorang ni.

Nama-nama mangsa, Charles Albee, Andres Barbosa and Wesley Demarest semua dah tertulis dalam buku nota dia.

Masa dia pergi attack mangsa, dia sempat lagi curi, antara barang dia ambil adalah laptop dan truck milik mangsa

Antara tiga-tiga mangsa ni, yang paling teruk kena adalah Wesley Demarest. Demarest ni kena pukul berkali-kali dengan hammer sampai tak sedarkan diri dan alami kecedaraan otak yang teruk.

Youtube

Walaupun Vokuvich kata dia tak berniat pun nak buat teruk macam tu, tapi hidup Demarest ni dah hancur. Dia hilang pekerjaan, sewa pun tak boleh bayar.

Tapi tu dulu la, sekarang ni Vokuvich tengah jalani 25 tahun penjara atas kesalahan ni. Dia pon nasihatkan orang ramai untuk tak buat keputusan sendiri. Cukup masa lampau dah rosak, janganlah korbankan masa depan dengan buat jenayah.

 

Sumber Anchorage Daily News

Biar je pihak berkuasa jalankan tugas mereka.

 

Baca: Kes Pembunuhan Wartawan, Jamal Khashoggi : Pelaku Bebas Dari Hukuman Mati! Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Ft 11 Sept

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.