in

“Demi baby dalam perut”- [VIDEO] Rakaman CCTV Dedah Misteri Kecurian Makanan, Rupa-Rupanya…

Kucing Tiktok Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kedai menjual barang-barang keperluan haiwan peliharaan sejak kebelakangan ini mendakwa telah berlaku kerosakan yang disengajakan seakan-akan perbuatan khianat di kedai mereka.


Anehnya, menurut bukti yang ditemui, pelaku telah hanya merosakkan makanan kucing bersaiz besar dengan meninggalkan lubang selain disyaki telah mencuri sedikit makanan dalam bungkusan berkenaan.

Menerusi perkongsian di TikTok yang kini telah mendapat tontonan sehingga 4 juta ini, difahamkan kejadian berlaku di sebuah kedai di Korea Selatan dan kejadian tersebut pernah di kongsikan oleh sebuah channel di Youtube pada awal tahun ini.

Kucing Viral Tiktok Curi Makanan

Untuk mendapatkan kepastian, para pekerja cuba untuk mencari pelaku yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ‘khianat’ ini melalui rakaman kamera litar tertutup yang ada di premis berkenaan.

“Kantoi dengan rakaman CCTV”

Para pekerja yang pada awalnya menyangka perbuatan ini dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini terkejut setelah melihat rakaman CCTV dan tersebut yang berjaya merakamkan pelaku ‘sedang beraksi’.

Kucing Viral Tiktok 2

Rupa-rupanya, ‘individu’ yang disyaki melakukan kerosakan pada bungkusan makanan tersebut adalah seekor kucing yang dipercayai telah memasuki kedai berkenaan melalui lubang yang menyambungkan sistem pengudaraan kedai berkenaan.

Namun, tidakan kucing berkenaan yang hanya memilih makanan dalam bungkusan besar tersebut tetap menjadi tanda tanya kepada semua yang terlibat dalam ‘operasi’ mengesan pencuri itu. Menurut pakar yang dipanggil, beliau menjelaskan bahawa sebenarnya perkara yang berlaku bukanlah sesuatu yang pelik.

Ini kerana, kesemua bungkusan yang dirosakkan tersebut mempunyai satu persamaan iaitu ada terdapat lubang kecil pada pembungkusan yang sengaja dibuat oleh pengeluar makanan tersebut. Difahamkan, disebabkan lubang ini juga, kucing yang kemudiannya telah ditangkap ini boleh menghidu makanan yang ada di dalamnya.

“Rupanya ada ‘sesuatu’ dalam perut”

@mei.chloeterharu bgt ternyata karna itu.. ##pecintakucing ##kucingjalanan ##catlover ##fyp ##fypシ♬ Orange 7 – Anime Quotes

Selepas ia berjaya ditangkap, para petugas telah membawa kucing berkenaan untuk pemeriksaan kesihatan. Pada awalnya mereka terkejut kerana doktor veterinar mengatakan ada sesuatu di perutnya.

Namun, setelah dijelaskan, rupa-rupanya kucing tersebut hamil dan ia mencuri makanan demi kelangsungan hidup anak-anaknya di dalam perut.

Memasuki ruangan komen, rata-rata netizen simpati dengan nasib kucing tersebut selain memuji tindakan pemilik kedai tersebut.

Tiktok Komen Kucing Viral

 

Naluri ibu kucing ni lain macam sikit, sebab tu tak digalakkan amik anak dia kalau dah beranak.

Baca : “Tak faham la ibu” – [VIDEO] Anak ‘Buang’ Kucing Keluar Sebab Nak Duduk Dalam Sangkar, Geng Ibu Boleh Relate

Ft Cat

 

Sumber: TikTok
Sumber: Youtube
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.