Kadang-kadang duduk dalam bilik, tak buat apa-apa aktiviti dan tidur je memang nikmat, lebih-lebih lagi bila waktu hujung minggu tiba. Tapi jangan lah melampau sangat sampai buat perkara sedemikian dengan kerap, silap-silap boleh bawa maut macam kes ni.
Seorang pemuda 21 tahun dari Zhejiang, China ini hampir menerpa maut disebabkan gaya hidupnya yang sebegitu. Disebabkan gaya hidupnya yang tidak aktif, dia tiba-tiba ada ras atekanan dekat dadanya yang buatkan dia rasa sesak nafas.
Malas nak keluar, asyik baring dan malas nak bergerak

Nasib baik masatu ada roomate dia sedar dan terus hubungi ambulan. Lepas 10 minit, Ambulans sampai dan bawa Ah Wah yangs berat 90 Kg ni ke dalam van. Masa bantuan kecemasan nak diberikan Ah Wah tiba-tiba tak sedarkan diri.
Apabila mereka tiba di hospital, mereka mendapati bahawa ada yang tak kena pada jantung Ah Wah . BAgaimanapun, mereka berjaya memulihkannya selepas melakukan CPR selama 10 minit dan doktor menghembuskan nafas lega apabila jantung Ah Wah berdegup semula.
Jantung berhenti berdegup 2 kali

Mereka mahu melakukan beberapa ujian terhadap Ah Wah untuk memastikan kenapa perkara itu terjadi, tetapi mereka terkejut apabila jantungnya berhenti sekali lagi.
Pasukan di dalam wad memanggil pakar untuk memeriksa Ah Wah memandangkan degupan jantungnya sangat tidak menentu dan tekanan darahnya sangat rendah.
Pasukan khas profesional perubatan itu datang bergegas untuk menyelamatkan nyawa pemuda itu sementara doktor lain tidak makan untuk sepanjang hari kerana mereka bergegas melawan masa untuk memastikan dia hidup.
Setelah berhempas pulan seharian, doktor mendapati Ah Wah mempunyai sejumlah besar darah beku di arteri pulmonari yang menghalang aliran keluar ke kardiaknya.
Embolisme pada paru-paru disebabkan malas nak bergerak
Para doktor segera memberikan ubat antikoagulan kepada Ah Wah untuk menyelamatkan nyawanya. Dia akhirnya bangun dan selepas memahami pengalamannya, dia menangis dan mengucapkan terima kasih kepada doktor untuk menyelamatkannya.
Pengarah ICU yang mengendalikan kes Ah Wah berkata bahawa dia menghidapi embolisme paru-paru, yang mungkin disebabkan oleh tabiat tidak aktif jangka panjang dan gaya hidup tidak sihat.
Menurut WORLD OF BUZZ, Ah Wah telah mengalami kecederaan di kakinya sebulan lalu dan doktor menasihati beliau untuk berehat supaya tak nak kakinya terjejas – tapi dia ambil kesempatan untuk tidak bergerak terus sekali kerana dia bukan orang yang aktif.
Dia akan selalu cari alasan untuk tak nak keluar dari biliknya dan sanggup terperuk sepanjang hari untuk study dan main game.
Nak beli makanan pun akan suruh roomate dia sebab terlalu malas nak keluar. Saat doktor menambah bahawa risiko kadar kematian untuk embolisme sebanyak 80%, Ah Wah menangis dan berjanji untuk menurunkan berat badan dan stay fit.
Baca : Suku Tsimane, Penduduk Amazon Yang Memiliki Jantung Paling Sihat Di Dunia