in

Dedikasi Minat Terhadap EXO Dalam Thesis, Pemuda Ini Raih Kelas Pertama Ijazah Sarjana

Fi Exo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peminat K-pop, apa benda paling berharga yang korang pernah ada sepanjang korang jadi fans idol? Album? Photocard? Lightstick?


Bagi min, semua benda tu dah biasa dah…tapi yang ini luar biasa! Pemuda ini dedikasikan minatnya terhadap K-pop dengan menulis thesis untuk pengajian ijazah sarjananya.

Melalui tweetnya di laman Twitter, pemuda bernama Jazreen Harith ini bukan sahaja menulis thesis tentang K-pop malah telah berjaya meraih kelas pertama bagi ijazah sarjananya itu!

Jazreen yang baru berusia 24 tahun ini mengambil jurusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam Strategi dan Diplomasi di Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Universiti Kebangsaan Malasyia (UKM).

Menurut Jazreen, thesisnya yang bertajuk ‘South Korea’s Public Private Cooperation In Promoting Korean Pop: A Critical Analysis of Governmental And Private Actors’ Roles In Global K-Pop Diplomacy’ ini secara umumnya berkaitan peranan kerajaan Korea dan industri hiburan swasta dalam mempromosikan K-Pop sebagai sebahagian daripada diplomasi kuasa Korea Selatan. Ia menganalisis kejayaan dan cabaran K-Pop dari 1990-an hingga 2021.

Fi Exo 1

Komen Exo 2

Komen Exo 1

“Idea ini berpunca daripada minat saya terhadap K-Pop dan subjek hubungan antarabangsa. Penyelia saya, Dr Hoo menasihati saya supaya mengikut minat saya semasa menulis dan saya dapat mengaitkan minat saya dalam K-Pop dengan jurusan saya.”- jelas Jazreen.

Menurutnya lagi, Jazreen memberitahu bahawa dia merupakan salah seorang ‘EXO-L’ (peminat EXO) sejak dari sekolah menengah lagi. Dia yang meminati Park Chanyeol (ahli kumpulan EXO) berkata Chanyeol benar-benar memberi inspirasi kepadanya untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan membuat thesis berkaitan K-Pop tersebut.

Tambahnya lagi, walaupun jadual EXO terlalu padat, Park Chanyeol berjaya menguruskan pelajarannya dan dilaporkan, Xiumin sedang menamatkan pengajian PhDnya. Namun dalam masa yang sama, muzik mereka telah membawa kegembiraan kepada ‘EXO-L’ dan telah membantunya sepanjang pengajian dari ijazah sarjana muda hingga ke ijazah sarjana.

Meskipun berdepan dengan cabaran semasa musim Covid-19 ini, Jazreen tetap berjaya menyiapkan thesisnya dan menghadiri konvokesyen pada 30 November yang lalu.

“Nasihat saya kepada peminat K-Pop yang lain adalah untuk sentiasa menghargai masa sebagai peminat dan juga jangan mengabaikan tanggungjawab sama ada untuk bekerja atau belajar. Saya harap peminat K-Pop dapat terus memberi inspirasi antara satu sama lain dalam apa jua yang dilakukan.”- kata Jazreen.

Ingat tu semua, nak minat tak salah tapi jangan sampai mengabaikan kerja dan belajar ya!

Baca: Followers IG Ahli BTS Cecah Hampir 20M, Walaupun Buka Akaun Kurang 24 Jam

Fi Bts 2 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.