in

McDonald’s Vietnam Mohon Maaf Guna Gambar Exo Untuk Promote BTS Meal

Bts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang meminati muzik-muzik Kpop, bila sebut dua nama boyband besar ini, EXO dan BTS, pasti mereka dah cukup kenal dengan mereka, malah orang yang tak berapa fanatik dengan genre ini pun dah cukup familiar.


Jadi, tidak hairan lah jika mereka ada peminat mereka sendiri dari seluruh dunia. Umumnya, pasti kita semua tahu bahawa McDonald’s baru-baru ini ada lancar kan BTS Meal, pastinya ia laris kerana penangan BTS ini. Tapi, apa kaitan dengan EXO pula?

 

Promote BTS Meal, tapi pakai gambar EXO

Bts Meal Data

Seperti yang kita tahu menu kolaborasi daripada McDonald’s ini tidak terhad di Malaysia sahaja, bahkan seluruh dunia termasuklah Vietnam.

Terima sambutan hangat di negara lain termasuklah di Malaysia, lain pula jadinya di cawangan Vietnam. Mereka menjadi objek utama serangan peminat BTS dan juga EXO kerana pihak mereka tersalah guna foto EXO untuk buat promo BTS Meal ini.

Biarpun gambar yang digunakan dalam bentuk silhouette, sudah semestinya peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan idola mereka ini sedar bahawa gambar itu ada milik EXO. Menurut Todayonline, foto yang mereka gunakan adalah foto ketika EXO ke Dubai tahun 2018 lalu.

 

Mcd

Seperti yang diketahui, EXO dan BTS merupakan dua boyband dari Korea Selatan yang berada dibawah naungan agensi yang berbeza. BTS terdiri dari tujuh anggota iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Manakala EXO terdiri dari 9 orang yang terdiri dari Suho, Xiumin, Baekhyun, Chen, D.O, Chanyeol, Kai, Sehun, dan Lay.

Lapor sumber, berduyun-duyun peminat dua kumpulan ternama ini membanjiri Facebook rasmi McDonalds’ Vietnam dan melontorkan kecaman dan mereka menuntut permohonan maaf atas kesilapan tersebut.

Mcd2

Oleh itu, pihak McDonald’s Vietnam membuat permohonan maaf pada keesokan harinya kerana menggunakan foto yang salah dalam edisi BTS Meal.

Pertama, McDonald meminta maaf kepada BTS dan EXO dan penggemar dari kedua boyband tersebut atas kesalahan kami di masa lalu,” tulis admin Facebook McDonald Vietnam.

“Saat ini, McDonald mengakui telah lalai menempatkan poster yang telah menimbulkan kekeliruan antara dua kumpulan akibat poster yang kami pasang diseluruh cawangan sehingga meninggalkan kesan buruk di mata peminat,” lanjutnya.

Selain mengakui kesalahan tersebut, McDonald’s Vietnam juga mengatakan bahwa poster tersebut telah ditarik balik.

“McDonald’s telah menarik poster dengan foto yang salah ini dan sangat menyesali kejadian ini. Sekali lagi, McDonald menyatakan permintaan maaf untuk BTS dan EXO serta semua fans mereka.”

Akui kesilapan, pihak McDonald’s Vietnam juga akan memastikan bahawa kesilapan ini takkan berlaku lagi.

 

Baca : “Lama beratur” – Gadis Luah Rasa Kecewa Ayah Guna Cawan BTS Meal Untuk Simpan Cacing

Mcd3

Sumber: Todayonline
Sumber: Todayonline
Sumber: Todayonline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.